New Army Deputy Chief Takes Over, 2023

Lt General Muhammad Hafizuddeian Jantan, Army 26th Deputy Chief.

SHAH ALAM: Former Western Field Command commander Lt General Muhammad Hafizuddeian Jantan,55, has been appointed as the Army’s 26th deputy chief, effective today (April 19 2024). He took over from Lt General Mohd Sopi Md Lepi who had served as acting deputy chief since March 22. Mohd Sopi is the Army chief of staff.

The Segamat born, Muhammad Hafizuddeian took over at Western Field Command on Januari 21, 2021. He took over the job from the current Army chief DS Mohammad Ab Rahman, who was then promoted as the 25th deputy.

Lt General Mohd Sopi (left) signing the transfer of duty documents with Lt General Muhammad Hafizuddeian Jantan. Tentera Darat

Earlier in the day, Muhammad Hafizuddeian relinquished his position at the Western Field Command to Lt General Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim. Tengku Muhammad was formerly the Army Training Command commander.
Lt General Muhammad Hafizuddeian Jantan handing the authority cane of the Western Field Command to his successor Lt General Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

From his official biography, we know that Hafizuddeian was commissioned into the Royal Malay Regiment (RMR). His first unit was the 10th Battalion of the RMR and his first command was the 4th RMR, some 15 years after he was commissioned into service. He was the second Fifth Division commander before his promotion as the Western Field Commander in 2021.

The deputy chief official biography:

Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dilahirkan di Segamat, Johor pada 18 April 1968. Selepas menamatkan pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1985, beliau telah memenuhi keinginan cita-citanya dengan memulakan karier ketenteraannya dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada 19 Ogos 1986. Beliau telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dalam kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 30 Julai 1988 dan tugasan pertamanya adalah sebagai Ketua Platun di Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sepanjang perkhidmatan, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting pada peringkat Tentera Darat mahupun Kementerian Pertahanan. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang diraih oleh beliau sebagai pemerintah, staf dan jurulatih telah membentuk kemahiran kepimpinan serta menyuburkan profesionalisme ketenteraan. Kewibawaan kepimpinan beliau sebagai pemerintah yang bermula sebagai Ketua Platun telah diteruskan dalam hierarki pemerintahan Tentera Darat dengan memegang jawatan sebagai Ketua Kompeni di Batalion Kedua Puluh Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja (1999-2000), Pegawai Memerintah di Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (2003-2005), Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia (2018-2020), Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (2020) dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (2021- 2023). Beliau turut dipertanggungjawabkan dalam pelbagai penugasan pegawai staf antaranya ialah Pegawai Staf 1 Tadbir di Markas Medan Tentera Darat (2005), Ketua Staf di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (2009-2010), Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan (2014-2016), Ketua Staf di Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (2016-2017) dan Ketua Pengarah Pembangunan di Markas Tentera Darat – Cawangan Perancangan dan Pembangunan (2017). Beliau juga mempunyai pengetahuan dalam aspek latihan ketenteraan apabila pernah bertugas sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (2006-2008), Kolonel Doktrin di Markas Latihan Tentera Darat (2011-2012) dan Komandan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (2012-2014). Berdasarkan sorotan perkhidmatan yang cemerlang ini, beliau telah diberi kepercayaan oleh barisan kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat Ke-26 pada 29 Mac 2023.

Dalam perkembangan pendidikan ketenteraan pula, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri pelbagai kursus dan pengajian di dalam serta di luar negara. Antara kursus dan pengajian utama yang telah dihadiri beliau ialah Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara (1997-1998), Infantry Officer Advance Course di Amerika Syarikat (1998), Command and General Staff College di Amerika Syarikat (2000- 2001), Master in Management di Filipina (2005-2006), Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (2008-2009), dan Royal College of Defence Studies di United Kingdom (2017-2018). Sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai darjah kebesaran, pingat dan anugerah, iaitu antaranya ialah Kesatria Angkatan Tentera (2004), Pingat Jasa Malaysia (2008), Pahlawan Angkatan Tentera (2014), Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (2019) dan Panglima Setia Angkatan Tentera (2021).

Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya, Datin Hartiah binti Hamzah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu seorang lelaki serta dua orang perempuan. Semasa waktu lapang, beliau sering membaca pelbagai jenis bahan bacaan bermanfaat serta beriadah terutamanya berbasikal dan melancong bersama keluarga.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2145 Articles
Shah Alam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*