New Deputy RMN Chief

RMN infographic on the promotion of the new deputy chief. Interestingly, the deputy wore his principal warfare officer badge together with his dolphin unlike his chief who only wear his dolphin. RMN

SHAH ALAM: The country’s first submarine commander, Vice Admiral Zulhelmy Ithnain has been appointed as the deputy RMN Chief effective today. Zulhelmy, 55, the President of the National Defence College (Puspahanas) in Putrajaya, replaced Vice Admiral Sabri Zali.

Sabri, 56, who was appointed as the deputy RMN chief on January 27, 2023 replaces Zulhelmy as the President of Puspahanas. Zulhelmy was appointed to the post on October 6, last year.

Sabri (left) exchanging the documents for the deputy RMN chief post with Zulhelmy. Looking on is RMN Chief Admiral TS Rahman Ayob. RMN

Zulhelmy was the first commander of KD Tunku Abdul Rahman, the country’s first operational submarine. Zulhelmy was at the helm when the submarine return to Malaysia from France in 2009.

His biodata as issued by RMN:

Laksamana Madya (Laksdya) Dato’ Zulhelmy yang memegang jawatan sebagai Presiden PUSPAHANAS secara rasmi telah mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut daripada Laksamana Madya Datuk Sabri, yang akan menggantikan beliau di PUSPAHANAS. Turut hadir di majlis tersebut ahli Jawatankuasa Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Laksdya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain yang dilahirkan pada 2 Januari 1968 di Dato’ Keramat,Kuala Lumpur telah menyertai perkhidmatan TLDM pada 6 Ogos 1986 dan ditauliahkan pada tahun 1988. Beliau telah dilantik sebagai Presiden PUSPAHANAS pada 6 Oktober 2022.
Laksdya Dato’ Zulhelmy merupakan seorang submariner TLDM yang telah menjadi Pegawai Memerintah Kapal Selam Pertama TLDM iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN. Sejarah tercipta apabila beliau berjaya belayar membawa pulang KD TUNKU ABDUL RAHMAN dari Perancis ke Malaysia yang mengambil masa hampir dua bulan. Beliau pernah berkhidmat di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM dengan memegang beberapa perjawatan termasuk Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, Timbalan Panglima Angkatan Kapal Selam dan juga Panglima Angkatan Kapal Selam.
Antara perjawatan penting lain yang pernah disandang beliau termasuk Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut dan seterusnya Panglima Wilayah Laut 1 di Kuantan, Pahang.

Sabri’s biodata:

Laksdya Datuk Sabri yang sebelum ini telah memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 27 Januari 2023 kini dilantik sebagai Presiden PUSPAHANAS yang baharu.
Beliau telah dilahirkan pada 4 Mac 1967 di Rawang, Selangor. Laksdya Datuk Sabri telah memasuki TLDM sebagai Pegawai Kadet pada 15 Disember 1984 dan telah dipilih untuk menjalani kursus Midshipman Antarabangsa di Jerman Barat selama tiga tahun sehingga Disember 1987. Beliau telah ditauliahkan pada 21 Disember 1987 setelah kembali dari Jerman.
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Memerintah KD JEBAT merangkap Pegawai Kanan Armada, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Armada Timur.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2152 Articles
Shah Alam

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*