PGB Holder Laid To Rest

Military officers carrying the hearse while the picture of Michael is carried by his widow.

SHAH ALAM: PGB holder Mejar (rtd) Micheal Riman Bugat was laid to rest with full military honours at Makam Pahlawan, Taman Budaya in Kuching, Sarawak on August 10. Micheal passed away on August 7 at Hospital Umum Sarawak due to kidney disease according to a post by the Army’s 1 Divisyen.

Micheal was awarded the Pingat Gagah Berani on June 6, 1984, for his exploits in combat on June 1, 1979. In the incident, Micheal was credited with killing five communist terrorists, according to 1 Divisyen. He also suffered permanent damage on his right arm in the incident.

Military officers saluting Mej (rtd) Micheal Riman Bugat before the internment. Tentera Darat.

1 Divisyen post on the ceremony:

MENDIANG MEJ (B) MICHAEL RIMAN (PGB) SELAMAT DISEMADI DI MAKAM PAHLAWAN
SARAWAK: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mej Jen Hassan Embong telah menghadiri upacara pengkebumian Mejar (B) Micheal Riman Bugat (PGB) di Makam Pahlawan Jalan Taman Budaya, Sarawak pada 10 Ogos 2023.
Penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) itu telah meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 7 Ogos 2023 telah disemadi dengan penuh penghormatan tentera pada hari ini.
Selesai upacara penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan tetamu kenamaan yang hadir di Dewan Suarah, Kuching, keranda mendiang telah dibawa ke makam berkenaan oleh sekumpulan pegawai pengusung dari 1 Div.
Setelah itu, majlis disusuli dengan meletakkan kalungan bunga sebagai simbolik penghormatan terakhir kepada mendiang oleh keluarga dan tetamu jemputan.
Upacara penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Buckland Bangik kepada wakil keluarga mendiang.
Mej (B) Micheal Riman adalah rakan sepasukan mendiang Datuk Kanang Anak Langkau dalam Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) yang terbabit dalam beberapa pertempuran dengan pengganas komunis termasuk pertempuran sengit di Gopeng, Perak pada 1 Jun 1979.
Dalam pertempuran itu, mendiang berjaya menjejak tempat rehat musuh dan berjaya merempuh kea rah musuh hingga berjaya membunuh lima pengganas komunis berkenaan.
Dalam pertempuran itu, Micheal Riman mengalami kecederaan parah di tangan kanan yang menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal.
Hasil keberanian yang dipamerkannya, beliau dianugerahkan pingat keberanian PGB oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Iskandar Sultan Ismail pada 6 Jun 1984.
Turut hadir Lt Jen (B) Datuk Seri Panglima Zaini Mohd Said, Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mej Jen Zambery Jefry Hj Darus dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Adnan Hj Hashim.

Michael former colleagues saluting after the internment. Second in the picture is Lt Gen (rtd) DS Zaini Mohd Said SP and four PGB holders as well. Unfortunately, 1 Divisyen did not identify them.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2152 Articles
Shah Alam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*