New NTF Commander

Adi Aris (left) at the handing over ceremony with Roslan. CDF Affendi witnessed the ceremony. Markas ATM.

SHAH ALAM: New NTF Commander. Vice Admiral Roslan Mohd Yunus has taken over as the second NTF commander taking over from retiring Vice Admiral Aris Adi Tan Abdullah. The handover ceremony took place on May 18 and was witnessed by Chief of Defence Forces General Affendi Buang. NTF was set up in 2020 as an intra-agency task ensuring the security of Malaysian borders following the start of the Covid 19 pandemic. Various assets were also procured under the urgent operational requirements of Op Benteng.

Six FICs procured for the RMN under the UOR for Op Benteng. TLDM

The release from the Armed Forces:

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander National Task Force (NTF) di antara Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah dengan Laksamana Madya Dato’ Roslan bin Mohd Yunus bertempat di Wisma Pertahanan pada 18 Mei 2022.
Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah yang telah menjawat jawatan Komander NTF sejak penubuhan NTF pada Mei 2020 akan memulakan cuti persaraan pada 19 Mei 2022 setelah mencurahkan bakti selama 42 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Manakala, Komander NTF yang baharu, Laksamana Madya Dato’ Roslan bin Mohd Yunus sebelum ini merupakan Panglima Wilayah Laut 2 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpusat di Telok Sepanggar Sabah telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya pada 17 Mei 2022.
Mengimbas kembali penubuhan NTF, YAB Perdana Menteri pada masa itu, telah menurunkan mandat untuk memperkasakan kawalan sempadan negara dari kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 masuk ke negara. PAT telah diarahkan untuk menubuhkan dan mengetuai NTF bagi perlaksanaan Op BENTENG berkenaan selaras dengan pengarahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Direktif pemula Op BENTENG telah dikeluarkan secara rasmi pada 06 Mei 2020 selaras dengan keperluan operasi semasa.
Mengimbas kembali, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah sebelum menjawat jawatan sebagai Komander NTF, beliau merupakan Panglima Armada Barat di Pangkalan TLDM Lumut. Beliau yang sepatutnya menjalani persaraan wajib pada tahun 2021 namun dengan perlantikan sebagai Komander NTF, tempoh perkhidmatan beliau telah ditambah setahun lagi.
Pencapaian Op BENTENG di bawah kepimpinan beliau telah menunjukkan banyak kejayaan contohnya kawalan sempadan negara terkawal dan penangkapan PATI semakin berkurangan. Selain kejayaan memperketatkan kawalan sempadan, NTF juga berjaya menjadi pemudah proses kerja setiap agensi dalam mencapai misi yang diamanahkan. NTF juga berjaya menyelaras perkongsian maklumat perisikan antara agensi yang terlibat melalui pasukan petugas risikan bersama dan mengkoordinasikan perolehan logistik semua agensi terlibat.
Dengan pengalaman dan keperibadian tinggi yang dimiliki oleh Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan, beliau telah berjaya menyatukan kesemua 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjadi sebuah pasukan yang telah dapat merealisasikan hasrat negara dengan lancar dan berkesan sehingga ke hari ini. Tugas untuk menyatukan 19 agensi di bawah satu pucuk pimpinan bukannya satu tugas mudah memandangkan setiap agensi mempunyai latarbelakang dan budaya kerja yang berbeza. Kesepaduan ketiga-tiga komponen darat, laut dan udara di bawah NTF juga berjaya melaksanakan Op BENTENG secara optimum dengan menggunakan aset sedia ada tanpa mengganggu operasi sedia ada.
Bagi pihak Kerajaan Malaysia dan ATM merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah kerana telah berjaya membawa NTF dan Op BENTENG ke tahap yang amat membanggakan. PAT berharap agar segala usaha dan buah fikiran mantan Komander NTF dalam mengkoordinasikan NTF dan operasi bersepadu ini akan diteruskan oleh semua agensi keselamatan dan penguatkuasaan.
Operasi bersepadu seumpama ini bukan sahaja sesuai dilaksanakan dalam situasi COVID-19 tetapi ia juga sangat praktikal digunakan untuk semua ancaman samada dalam atau luar negara. Konsep Whole Of Government Approach atau pengembelingan keseluruhan jentera kerajaan memang mendatangkan keberkesanan berbanding dengan bekerja secara “silo” yang dipraktiskan sebelum ini.
Perlantikan Laksamana Madya Dato’ Roslan bin Mohd Yunus mengambil alih tampuk selaku Komander NTF yang baharu adalah bagi memastikan kesinambungan Op BENTENG berjalan seperti biasa dan tidak tergendala sehingga MKN telah bersedia untuk mengambilalih operasi ini dari NTF seperti yang dirancangkan iaitu pada 30 Jun 22 ini.
Turut hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas Komander NTF adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj. Yazid bin Hj. Arshad TUDM; Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad; Wakil Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, SAC Mohamad Azlin bin Haji Sadari; Wakil Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin; Wakil Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen Malaysia, Encik Megat Putera Nizman bin Megat Hussin serta pegawai-pegawai kanan dari ATM, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) & Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

The Kawasaki 250cc scramblers for the Army procured under UOR for Op Benteng.

With the NTF mandate expiring on June 30, the appointment of a new CO, is puzzling to me, to say the least. The reasons mentioned in the release were weak, to be honest. Perhaps the Defence Ministry was aware that the NTF’s current mandate will be renewed (for the foreseeable future) hence the need to maintain the status quo. It was not looking that way, really, as even the Ministerial Quartet For Covid 19 was disbanded on the same day.

–Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2144 Articles
Shah Alam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*