First LCS To Be Ready by August 2024

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAML Earlier this week, Defence Minister DSU Mohamad Hasan told Parliament that the first LCS – PCU Maharaja Lela – will be delayed by a few months due to the ongoing process of nationalisation of the builder, Boustead Naval Shipyards (BNS).

His deputy – Adly Zahari – on Thursday told Dewan Rakyat that the ship will be completed in August – a delay of three months based on the new schedule for the project as stated in May 26 agreement signed between the government and BNS.

The new schedule was published by the Public Accounts Committee report on the progress of the LCS (see below).

LCS schedule based on the sixth supplemental contract. PAC

Adly also told the Dewan Rakyat that the ministry disagreed with the views of the PAC that the May 26 agreement (the sixth supplemental contract) was signed without approval of the Attorney-General Chambers. He said the agreement was signed after taking into account the AGC’s views.

Adly also said physical work on the LCS has resumed since late September, though he did not offer any more details. Posted below is the official transcript of the Dewan Rakyat for October 12.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pertahanan
menyatakan:
(a) status terkini pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik
TLDM yang telah terbengkalai sejak sekian lama di Boustead
Naval Shipyard, Lumut; dan
(b) adakah kerja-kerja pembinaan semula telah mula dijalankan
dan bilakah kapal pertama dijangka akan diserahkan kepada
TLDM.
Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Haji Adly bin Zahari]: Bismillahi
Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
DR. 12.10.2023 27
Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab
pertanyaan Yang Berhormat Pasir Salak sekali dengan satu lagi pertanyaan daripada
Yang Berhormat Ketereh pada 27 November 2023 kerana pertanyaan yang
dibangkitkan menyentuh isu yang sama iaitu pembinaan, status pembinaan Kapal
Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS).
Sebelum saya menjawab isu ini yang dibangkitkan, suka saya menarik
perhatian Dewan. Isu pembinaan LCS ini masih dalam pemantauan Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk setiap tiga bulan dan pada 3 Oktober 2023 yang
lalu, wakil kementerian iaitu Ketua Setiausaha sendiri iaitu Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan bersama dengan wakil syarikat BNSSB telah dipanggil
untuk memberikan penerangan berkaitan status terkini pembinaan LCS kepada
jawatankuasa tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan, dimaklumkan
kerja-kerja pembinaan semula LCS ini telah dilaksanakan semula mulai tarikh
kontrak tambahan keenam ditandatangani iaitu pada 26 Mei 2023 berdasarkan
kepada perancangan yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Dan aktiviti fizikal
pembinaan LCS ini pula telah dimulakan pada penghujung September yang lalu iaitu
pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, kapal LCS pertama dijangka akan dapat disiapkan
pada bulan Ogos tahun hadapan sebelum ianya menjalani dua ujian. Yang pertama,
Harbour Acceptance Test, dan juga Sea Acceptance Trial (ACT) selama dua tahun
oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia.
Secara keseluruhannya, kapal LCS ini akan diserahkan secara rasmi kepada
TLDM secara berperingkat mulai tahun 2026 sehingga 2029.
Itu sahaja jawapannya. Terima kasih.
Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak]: Soalan tambahan saya, bolehkah
Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan berapakah bilangan penglibatan vendor
tempatan dalam projek Littoral Combat Ship (LCS) dan status rundingan kontrak
pihak Boustead Naval Shipyard dengan pihak syarikat-syarikat pembekal peralatan?
Tuan Haji Adly bin Zahari: Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, secara
umumnya vendor-vendor yang terlibat dalam pembinaan LCS ini hampir 400 vendor
yang terlibat. Dan sebab itu kalau kita lihat dalam beberapa bulan ini, daripada Mei
sehinggalah September itu, jadi segala bentuk perjanjian-perjanjian kita ini, kita telah
mengambil kira semua pandangan-pandangan daripada PAC sama ada dari segi
pembayaran, dari segi pelaksanaan.
DR. 12.10.2023 28
Dan sebab kalau kita tengok antara teguran-teguran ini adalah kadang-kadang pembayaran itu melibatkan pihak kita sebut sebagai orang tengah contohnya
atau syarikat-syarikat di pertengahan itu sebelum dia pergi kepada OEM. Jadi, ini
pun kita ambil pertimbangan di mana dalam perjanjian kita ini, di mana kerajaan boleh
terus membayar kepada OEM. Jadi sebab itu kalau kita tengok penambah-penambahbaikan yang dicadangkan oleh PAC itu telah kita ambil kira dalam kita
melaksanakan projek ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Sebelah
kanan… [Merujuk kepada blok kerajaan] Jika tidak ada- sebelah kanan? Tidak ada,
saya- clear.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Yang
di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita lihat daripada respons kementerian
berhubung Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang didapati Kementerian
Pertahanan memeterai perjanjian tanpa persetujuan daripada Jabatan Peguam
Negara berhubung dengan perjanjian tambahan keenam yang telah dimeterai pada
Pameran Maritim Aeroangkasa Langkawi pada Mei lalu. Jadi, apa sebenarnya yang
berlaku? Minta penjelasan.
Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau
Panjang di atas soalan yang dikemukakan.
Sepertimana yang telah disebut juga oleh Yang Berhormat Menteri
Pertahanan ya, di sini saya ulangi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat
Menteri. Di mana untuk makluman semua, Kementerian Pertahanan termasuk
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan juga BNSSB, dan juga AGC sepertimana
yang dibangkitkan oleh PAC telah melaksanakan beberapa siri perbincangan
sebenarnya serta mesyuarat berkaitan dengan draf perjanjian ini, SA6 ini sejak April
daripada tahun 2023 lagi iaitu selepas keputusan hala tuju projek diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 19 April.
Sebab itu, hasil daripada kesemua libat urus ini bersama dengan AGC ini,
Kementerian Pertahanan telah menerima ulasan daripada AGC melalui surat
bertarikh 24 Mei, di mana empat perkara utama telah pun dibangkitkan iaitu tentang
progress payment plan, begitulah juga dengan Integrated Logistics Support (ILS),
detail design dan juga yang terakhir tentang LAD iaitu Liquidated Ascertained
Damages. So, empat perkara ini diambil kira dan kita sudah ambil kira perkara-perkara ini.
Sebab itu semua cadangan-cadangan ini telah dimasukkan, diambil perhatian
oleh Kementerian Pertahanan. Sebab itu Kementerian Pertahanan telah mengambil
kira semua perkara ini dalam pindaan berkaitan. Sebab itu bila dibangkitkan soal kita
tidak melibatkan AGC ataupun tidak mendapatkan pandangan daripada itu, saya fikir
itu tidak tepat ya.
Ini jawapan daripada kementerian.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2152 Articles
Shah Alam

5 Comments

  1. What will happen with the sixth ship? I meant the steel, component or the weapons that already bought.

  2. Based on an infographic on previous post seem about 65% of equipment for the LCS 6 had already been purchased. The same % rate of % of equipment already purchased for LCS 2 – 5

  3. “He said the agreement was signed after taking into account the AGC’s views.”
    Basically they disagreed with AGC and signed it anyway.

    But since he mentioned the project has resumed, will the latest PAC visit going to report what was it the new work done?

  4. I had a bad feeling about this project, cost over run n not all this boat on the water, probably 2 or 3 unit will be..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*