Show Me The Money, Part 2

SHAH ALAM: Show me the money, part 2. Defence Minister DS Ismail Sabri has taken umbrage of his predecessor claims that the government had only taken the interest of Boustead Naval Shipyard (BNS) instead of the Royal Malaysian Navy (RMN) in approving the resumption of the LCS project, which had been stopped since November 2019.

In a statement, he said it was the PH government inefficiencies and failures which led to the suspension of the project which in turn caused financial losses to BNS and its subsidiary companies.

A Kongsberg Naval Strike Missile (NSM) is launched from the littoral combat ship USS Coronado (LCS 4) during missile testing operations off the coast of Southern California. The missile scored a direct hit on a mobile ship target. US Navy

The statement:

TUDUHAN BEKAS MENTERI PERTAHANAN MOHAMAD SABU BERKAITAN KEPUTUSAN KERAJAAN MENERUSKAN PEROLEHAN
LITTORAL COMBAT SHIP (PROJEK LCS)
Saya memandang serius kenyataan bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkaitan keputusan kerajaan dalam isu perolehan Littoral Combat Ship (Projek LCS) yang dilihat seperti menagguk di air yang keruh.
Kenyataan Mohamad Sabu bahawa Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menjaga kontraktor semata-mata adalah tidak benar sama sekali. Kesemua kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kerajaan telah diambil kira dan menjadi keutamaan di sebalik pertimbangan keputusan ini.
Namun sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita juga harus mengambil kira situasi semasa, keupayaan kontraktor dan kesan kepada ekonomi sama ada mahu membatal atau meneruskan Projek LCS ini.
Dalam hal ini, setelah membuat kajian mendalam ke atas semua aspek projek ini, Jemaah Menteri mendapati ada lebih banyak kebaikan dan keuntungan yang akan diperolehi oleh Kerajaan dan
rakyat dengan meneruskan projek ini.

Kerajaan sudahpun membelanjakan sebanyak RM6 billion dan jika ia dihentikan, wang ini mungkin tidak dapat dikembalikan sepenuhnya, malah Kerajaan perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk melantik kontraktor baharu. Kesemua ini akan memakan masa yang panjang dan projek ini akan menjadi lebih lewat untuk disiapkan, dan ini boleh menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan laut negara.
Keputusan ini adalah keputusan yang bersifat menang-menang untuk Kerajaan, TLDM, Lembaga Tabung ngkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Boustead dan vendor-vendor ekosistem pertahanan tempatan.
Keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek LCS ini bukan sahaja akan menyelamatkan 8,000 orang pekerja malah ratusan vendor dan kontraktor tempatan.
Pihak Boustead telah mengemukakan sebuah pelan perancangan yang teliti pada awal tahun ini untuk meneruskan Projek LCS yang mencerminkan kesungguhan dan komitmen mereka untuk
menyiapkannya. Sehubungan dengan itu, pihak Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasarnya untuk pihak Boustead meneruskan projek ini.
Langkah seterusnya adalah pihak Kerajaan akan memaklumkan secara rasmi kepada pihak Boustead mengenai keputusan ini beserta dengan pelan perlaksanaan projek tersebut. Rekabentuk terperinci
atau detailed design LCS ini sudah siap 96% dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022. Naval Group masih lagi bekerjasama dengan Boustead untuk menyiapkan projek ini.

Hakikat sebenar, apa yang dihadapi oleh TLDM, LTAT dan Boustead adalah dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan khususnya Mohamad Sabu dan Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Selepas
Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan negara, selama 22 bulan projek ini hilang hala tuju dan segala kerja terhenti kerana hanya dipenuhi dengan siasatan.

Akibat kegagalan kerajaan terdahulu membuat keputusan yang tidak cekap pada tahun 2018, ia telah mencetuskan kemelut baharu iaitu peningkatan kerugian dalam korporat Boustead ekoran penangguhan kepada vendor-vendor Bumiputera dan juga tenaga kerja.
Bukan itu sahaja, kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya. Kelemahan dan kegagalan Bekas Menteri
Pertahanan untuk melihat impak jangka panjang inilah yang telah mengakibatkan apa yag terjadi sekarang ini.
Ketika Pakatan Harapan memerintah, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah memohon kelulusan ketiga-tiga ‘variation order’. Pada Februari 2018 pula, BNS telah membuat tawaran kepada
Kerajaan ketika itu untuk menyerap kerugian sebanyak RM400 juta supaya Projek LCS ini dapat diteruskan tapi tiada keputusan diperolehi.
Pada Januari 2019, MINDEF telah bersetuju dengan permohonan ketiga tiga ‘variation order’ tersebut tetapi bergantung kepada keputusan akhir oleh Kementerian Kewangan. Namun tiada sebarang kata putus daripada Kementerian Kewangan. Kegagalan untuk mendapat kata putus mengenai ketiga-tiga ‘variation order’ ini telah menjejas teruk perkembangan kerja-kerja bahagian pembinaan kapal yang lain. Pada November 2019, OEM telah menghentikan kerja kerja pembinaan kapal kerana BNS menghadapai masalah aliran tunai.
Kenyataan Mohamad Sabu dalam hal ini dilihat hanyalah satu provokasi politik dan menyerlahkan ketidakmatangan beliau dalam memberi hujah cara menangani isu LCS.
Punca permasalahan LCS adalah daripada tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang gagal memberi sebarang keputusan pasa masa itu. Ini mencetuskan masalah baru bagi syarikat korporat serta projek LCS yang sedia ada.
Berkaitan status dana RM1 bilion yang dikatakan hilang pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan Kementerian tidak campur tangan dalam siasatan tersebut. Perkara ini boleh diajukan kepada pihak SPRM untuk mendapatkan perkembangan terkini.

YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN PERTAHANAN
11 Mei 202

Lacroix Defense Sylena Decoy system. Lacroix Defense

It is interesting to note that Malaysian Defence had also pointed out the lack of reference to the RMN in the announcement of the resumption of the project. Anyhow, the minister had also failed to outline the conditions imposed to BNS apart from saying that the company had already made its proposal to the ministry which led to the approval. So I am guessing that there will be an increase in cost as what had been reported before.
Boustead executive chairman TS Ramlan Ali (centre) greeting Defence Minister DS Ismail Sabri when the latter visited the BNS yard in November 2020 to check on the LCS project. The LCS hull in the background looked appeared to be fitted with the propellers but without the rudder. I am guessing that this is the second hull as it does not have water marks on it. Kementerian Pertahanan picture.

It is also interesting to note that nothing in the statement referred to any technical reasons for the delays which I had covered previously in this post.

BNS cannot complete the project without the money it is asking and thats been the case for the last 32 months. Yes you heard about the technical issues with the ships – with people claiming its either RMN or BNS fault – but its really about the money. If they – BNS – got the money they are asking for of course, the technical issues could be resolved. Yes, its that simple, really. Will the extra allocation being asked will go higher than the RM9 billion ceiling price? Of course it will be, that’s the reason the current and previous governments are/were holding up the funds.

Maharaja Lela was sprayed with sea water as part of the launch gimmick. This was the closest she got to the sea.

As for the three variation orders mentioned in the statement, I am aware of them but since it has not been made public I am holding on to it as there are many people out there reading this. That said one of them is this thing. The VOs which have cost issues -integration costs etc – as I was told that BNS did not have experienced people when negotiating the contract with its subcontractors. As for how much the project will cost us, my guess is as good as yours.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *