Pendekar On The Range

SHAH ALAM: Pendekar on the range. 11 Kor Armor Di Raja (KAD) conducted a live firing exercise at Kem Sirajuddin, Gemas on Nov. 13 in honour of the official visit from Army chief General Zamrose Mohd Zain. Berita Tentera Darat Malaysia reported the visit was part of Zamrose tour of the Western Field Command. 11 KAD live firing exercise was overseen by its CO Lt Kol Suresh Subramaniam.

On the way. BTDM

The pictures posted here were taken by BTDM photographers – Sjn Saiful Fazley Rusli and Pbt Mohamad Fadzil Akirul – were the main reason I am posting them on Malaysian Defence. The BTDM post could be accessed here.
11 KAD PT-91M Pendekar on the firing range

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Latihan Tembakan PT-91M PENDEKAR oleh Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) di Lapang Sasar Gemas pada 13 Nov 2020.

Terdahulu sebaik ketibaan PTD, beliau diberi taklimat berkenaan latihan dan juga tahap kesiagaan 11 KAD oleh Pegawai Memerintah 11 KAD, Lt Kol Suresh Subramaniam.

Latihan ini berlanjutan daripada Lawatan Ulung PTD ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) pada 12 Nov 2020 serta untuk melihat kesiagaan dan keupayaan tempur Tentera Darat (TD) mampu di aturgerak pada sebilang masa dengan mengamalkan taktik, teknik dan prosedur yang betul.

Mengimbas sejarah kereta kebal yang dimilik oleh TD ini, ianya adalah buatan negara Poland serta mula diterima oleh 11 KAD pada 4 Sep 2007 dan pada 5 Apr 2008, Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-22 telah melancarkan penamaan Kereta Kebal PT-91M kepada nama PENDEKAR.

Kereta kebal ini dinamakan PENDEKAR, sesuai dengan peranannya sebagai mata dan hujung tombak ketumbukan TD sama ada ketika melakukan operasi ofensif mahupun semasa bertahan.

PENDEKAR mempunyai kemampuan mobiliti, kuasa tembak dan perlindungan armor yang sesuai dengan persekitaran muka bumi negara dan paling menggerunkan, kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal.

Ia juga mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal mahupun kereta perisai di jarak empat kilometer dan kemampuan itu sudah pasti menjadi igauan ngeri kepada pihak yang berniat untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Sistem kawalan tembakan PENDEKAR menggunakan teknologi dari Perancis yang turut dipakai oleh kereta kebal moden Perancis, AMX-56 Leclerc serta di kawal sepenuhnya oleh komputer kawalan tembakan (FCC) bagi menjamin ketepatan tembakan yang dilaksanakan.

PENDEKAR juga terbukti keberkesanan dan kegagahannya apabila ianya dibuktikan di dalam latihan peringkat TD pada setiap tahun iaitu Latihan Kuasa Tembakan (LKT) yang mana rata-rata hadirin yang hadir menunggu PENDEKAR beraksi dengan keupayaan manouver dan kuasa tembakan.

Antara segmen yang dipertontonkan kepada PTD adalah aturgerak Skuadron Kereta Kebal serta tembakan untuk memusnahkan musuh menggunakan persenjataan utama aset berkenaan iaitu 125 mm smooth bore serta senjata bantuan HMG 12.7 mm.

The crew of the Pendekars posed for a picture with Zamrose. Note the recovery Pendekar on the left. BTDM

Hopefully when the pandemic is under the control and I am invited to Gemas next time around, I will able to report on the next live firing exercise.
On the way, firing the 12.7mm machine gun. BTDM

previous arrow
next arrow
Slider

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *