Still In Purgatory…LCS Part IV

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAM: In an earlier article, Malaysian Defence posted that the international settlement agreement has reached an impasse as the Defence Ministry was not keen on issuing a letter of indemnity to one of the parties involved. This was based on a report from the Edge.

Based on the Parliament’s Hansard (official transcript) of February 22, it appears that the third party is Contraves Sdn Bhd, the company which had been dropped as a sub-contractor for the LCS. The company had sued BHIC, BNS and its directors following that decision.

The company according to Defence Minister DSU Mohamad Hasan wanted the money due to it – which the government had agreed to but also to indemnify it from legal action arising from its work on the LCS as detailed by the Public Accounts Committee report.

Mohamad said while the government was agreeable to pay the company its dues (other companies as well) it felt that it should not any prevent any legal action to be undertaken. (So far only BHIC former managing director has been charged in court regarding the LCS issue). The minister said the ministry had asked the Attorney-General’s Chamber advice regarding issue.

Apart from the Contraves, Mohamad’s also seemed to say other companies also had asked to be idemnify for them to take part in the resumption of the LCS project. It is unclear whether the government is agreeable to this as well. If the government did not issue the indemnity letters it is unlikely the project could resume as I had hinted earlier.

Posted below is the transcript of the minister’s statements on February 22. For brevity I deleted the questions by the parliamentarians. If you want the full transcript, go to the Parliament web site.

Ingin saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi pendirian kementerian tidak
akan berubah iaitu pembinaan LCS perlu diteruskan. LCS ini diperlukan untuk
memperkasakan keupayaan operasi TLDM supaya kedaulatan perairan negara dapat
dipelihara. Tindakan ini selari dengan objektif pertahanan negara yang terkandung dalam
Kertas Putih Pertahanan.
Kementerian Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua, kekal memberi tumpuan
sepenuhnya dalam melangkah ke hadapan supaya projek LCS ini diteruskan semula. Seperti
mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Pertahanan telah membentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai hala tuju berkaitan perolehan
LCS ini sebanyak empat kali.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, kementerian sedang dalam fasa akhir untuk
memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan Memorandum Jemaah
Menteri yang dirancang akan dibentangkan dalam masa terdekat seperti yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Sembrong. Sekiranya Jemaah Menteri telah memuktamadkan hala tuju
bagi perolehan LCS ini, pihak kementerian bersedia untuk memaklumkannya kepada sidang
Parlimen.
Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sembrong tentang garis
masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan kapal LCS yang pertama dalam tempoh
setahun ke dua tahun seperti yang dirancang sebelum ini, suka saya jelaskan Tuan Yang diPertua, bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan dan disiapkan pembinaannya pada tahun
hadapan insya-Allah, sebelum kapal ini menjalani Harbour Acceptance Test dan Sea
Acceptance Test dengan syarat kaveatnya ialah ia mendapat kelulusan untuk meneruskan
pembinaannya daripada Mesyuarat Jemaah Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Merujuk kepada soalan rakan saya Yang Berhormat Tanah Merah, mengenai asas
dalam keputusan mengurangkan perolehan LCS daripada enam kepada lima buah sahaja,
butiran terperinci berkaitan dengan penerusan projek LCS ini akan kami bentangkan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat dan terpulanglah kepada Mesyuarat
Jemaah Menteri sama ada bilangannya itu akan kekal enam atau pun dikurangkan daripada
enam seperti yang telah pun.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Sebenarnya keputusan untuk mengurangkan pembinaan LCS ini daripada enam kepada lima telah diputuskan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir iaitu
pada April 2022. Seperti yang saya sebut dalam menjawab soalan lisan pada 20 hari bulan
baru-baru ini, memandangkan kerajaan ini ialah kerajaan yang baharu, maka Kementerian
Pertahanan merasakan adalah amat perlu untuk kementerian membawa semula kes
meneruskan ataupun projek meneruskan LCS ini kepada kerajaan yang baharu. Pada ketika
itu, terpulanglah kepada Jemaah Menteri sama ada hendak membuat enam ataupun lima. Itu
maksud saya, tetapi keputusan terdahulu itu supaya dihadkan kepada lima sahaja. Jadi, itu
dia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kepada Yang Berhormat Ketereh – Yang Berhormat Putrajaya, sorry. Memang benar seperti
apa yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya itu bahawa salah satu daripada isu besar
yang melanda LCS ini adalah disebabkan adanya third party iaitu dipanggil sebagai
Contraves (CAD). Ini adalah merupakan salah satu daripada kita punya syarat-syarat untuk
meneruskan yang telah ditetapkan oleh kerajaan terdahulu supaya untuk meneruskan projek
LCS ini, the third party ini mesti sudah ditiadakan.
BHIC akan terus berunding dan juga membuatkan pembelian-pembelian terus
kepada original equipment manufacturer (OEM). Itu yang saya sebut dalam jawapan lisan
tempoh hari bahawa international settlement agreement akan kita buat supaya Contraves ini
tidak lagi memainkan peranan dan ia akan dengan tersendirinya nanti tidak lagi berperanan
dalam apa-apa jua projek untuk meneruskan LCS ini, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, tinggal ada satu sahaja lagi iaitu international settlement agreement ini. Dari
segi bayaran kepada mereka itu memang telah dipersetujui oleh kerajaan terdahulu dan kita
pun telah buat audit. Memang betul, this is all payment due to them. Kita perlu bayar dan
once we paid, ianya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Contraves tidak akan memainkan
peranan. Akan tetapi, ada satu kaveat sebelum mereka bersetuju untuk menandatangani
international settlement agreement untuk mereka ditiadakan. Mereka memerlukan satu surat
indemniti bahawa mereka tidak dipersalahkan.
Jadi, itu merupakan satu isu yang kita tidak- amat keberatan untuk menandatangani
dan kami akan merujuk kepada pihak Peguam Negara agar perkara ini biarlah pihak Jabatan
Peguam Negara yang akan memutuskannya. Akan tetapi kami di peringkat kementerian,
kami tidak bersetuju. Kami tidak bersetuju indemniti ini dibuat kerana bagi kami, siapa yang
tersabit, tersabitlah. Bukan peranan Kementerian Pertahanan untuk melepaskan
tanggungjawab tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat Putrajaya, daripada Yang Berhormat Lumut dan
daripada Yang Berhormat Pasir Salak. Apa yang disebut itu memang betul, bahawa siasatan
akan terus dibuat dan tindakan akan diambil. Akan tetapi, itu di luar bidang kuasa
Kementerian Pertahanan. Salah satu daripada enam saranan daripada PAC adalah supaya
SPRM menyiasat secara telus dan Kementerian Pertahanan telah pun memberikan
kerjasama dan akan terus memberikan kerjasama untuk pihak agensi-agensi untuk
menyiasat atau pun mendakwa sesiapa sahaja yang didapati terlibat dengan
penyalahgunaan kuasa atau apa jua.
Akan tetapi, untuk Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa tindakan siasatan
akan dilakukan, itu di luar bidang kami. Minta maaf saya bukannya autoriti yang akan
mengatakan akan disiasat, telah disiasat, akan didakwa, itu terpulanglah kepada agensi yang
berkenaan. Akan tetapi, kami telah pun memberikan kerjasama dan akan terus memberikan
kerjasama jika diperlukan, insya-Allah. Berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Salak tadi,
memang ada dalam jawapan saya ini sebab ada dalam pertanyaan daripada Yang Berhormat
Tanah Merah berkenaan stopgap measure atau pun kelompongan aset tersebut.
Terima kasih. Ini jeneral-jeneral yang
bercakap ini, memang macam itulah. [Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat
Ketereh. Siasatan saya katakan tadi memang dibuat tetapi kita buat secara bersamalah. Kita–
projek ini telah pun empat kali ia terbawa kepada Majlis Jemaah Menteri dan empat-empat
kali tersebut telah pun dipersetujui oleh kerajaan bahawa LCS ini perlu untuk kita teruskan
dan meneruskan projek ini bukan sahaja patut diberhentikan, patut dipercepatkan. Untuk
sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi dan juga soalan daripada
Yang Berhormat Tanah Merah, kelompongan aset pertahanan negara itu amat ketara. Jadi,
the longer we wait, dengan izin, atau lebih lama kita ding dong-ding dong nanti, Tuan Yang
di-Pertua, dia akan menyebabkan keadaan pertahanan negara terdedah disebabkan oleh
kelompongan aset utama kita, Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih kepada sahabat, daripada Yang Berhormat Tanah Merah. Memang itu pun
hasrat Kementerian Pertahanan. Kalau boleh, kita nak enam biji. Akan tetapi, seperti yang
saya sebutkan tadi, kami perlu membawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dahulu.
Terpulanglah semasa mesyuarat itu nanti, sama ada kita nak teruskan enam atau pun buat
lima dahulu. Yang pentingnya, kita siapkan dahulu kapal pertama, kedua dan ketiga agar–
kerana bajet siling itu yang ada RM3 bilion yang balance itu membolehkan kita untuk
meneruskan projek tersebut.
Selepas itu, kita hendak tambah berapa kah, sebab projek LCS ini pun, dia enam
dulu selepas itu, enam biji lagi kemudiannya. Itu termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke13 dan Ke-14, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, Jangan kita delaykan. Yang penting, kami di
peringkat akhir. Cumanya, set back nya tadi ialah tentang international settlement agreement
yang saya sebutkan tadi.
Ada kaveatnya daripada pihak yang ketiga tersebut. Dia akan menandatangani dan
tidak lagi mencampuri hal ehwal pembinaan LCS itu dengan syarat, mereka ini dilepaskan
segala tanggungjawab. Jika ada apa-apa, orang kata, mitigation factor di masa depan, which
Kementerian Pertahanan tidak mempunyai kuasa dalam untuk kita menentukan untuk kita
bersetuju dengan permintaan mereka.
Makanya, yang terbaik ialah kami telah dan akan merujuk kepada Pejabat Peguam
Negara untuk mendapat nasihat tentang kaveat yang telah pun diletakkan oleh mereka untuk
mereka bersetuju menandatangani international settlement agreement tersebut. Insya-Allah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kepada Yang Berhormat Sik berkenaan dengan pertanyaan laporan forensik tersebut.
Rasanya laporan forensik itu saya baca. Dia tidak ada yang dipadamkan. Saya baca tidak
nampak pun ada – Tidak tahulah. Sebab saya tidak tahu yang mana asal, yang mana saya
dapat baca. Akan tetapi rasanya tidak ada yang dipadamkan.
Nombor dua tadi berkenaan dengan syor PAC ada tujuh. Enam untuk Kementerian
Pertahanan. Satu ialah khusus untuk SPRM menyiasat. Daripada enam yang telah disyorkan
khusus untuk Kementerian Pertahanan, empat telah pun dilakukan sepertimana yang
dikatakan tadi declassified ataupun untuk mendiklasifikasikan dokumen telah pun dibuat.
Akan tetapi dokumen tersebut adalah hak kepunyaan Jabatan Perdana Menteri. Makanya ia
dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri.
Yang nombor dua ialah berkenaan dengan model-model telah ditukar daripada
Sigma kepada Gowind. Itu juga sebagai penyebab kepada masalah LCS ini, Tuan Yang diPertua, kerana terdapatnya perubahan design, perubahan model iaitu Sigma daripada
Netherlands atau pun Dutch design bertukar kepada Gowind iaitu kepunyaan France. Jadi,
perkara-perkara ini menyebabkan banyak berlaku perubahan dan ini PAC kata jangan ulangi
lagi lah. Sebenarnya, once user sudah setuju, kita akur kepada apa yang dikehendaki oleh
user iaitu Navy sendiri kerana disebabkan oleh ini juga salah satu penyebab kepada masalah
yang berlaku.
Nombor tiga ialah berkenaan dengan bentangkan kepada Parlimen supaya apa-apa
sahaja pembelian ataupun aset-aset yang substantive in nature yang besar-besar ini diminta
supaya dibentangkan kepada Parlimen. Saya rasa tidak perlu kepada Parlimen tetapi kepada
Parliament Select Committee ataupun jawatankuasa khas untuk dibincangkan di peringkat
jawatankuasa sahaja. Apa-apa sahaja pembelian-pembelian yang besar-besar pada masa
akan datang.
Nombor tiga ialah meminimumkan VO pada masa akan datang. VO ini banyak terjadi
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh pertukaran model, macam-macam lah ya. Terdapat
juga orang dahulu kata dia hendakkan peluru berpandu jenis ini. Akan tetapi yang sudah
datang baharu kata hendak yang itu. Macam-macam.
Jadinya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah pun mengarahkan supaya
perkara seperti ini dikurangkan dan sekali kita telah pun tetapkan, dia tidak perlulah diubahubah kerana dia menyebabkan banyak variation order iaitu VO yang menyebabkan kos
escalation dalam pembelian kita, Tuan Yang di-Pertua. Ini pun kita telah tubuhkan banyak
jawatankuasa di peringkat semua perkhidmatan dalam Navy, dalam Tentera Darat dan juga
Tentera Udara.
Jawatankuasa khas perolehan ini telah ditubuhkan dan mereka lah akan menjadi
sebagai penilai terakhir daripada segi teknikal. Mereka akan menilai dan merekalah yang
akan memperakukan kehendak user, kehendak mereka sendiri. Jadi, once atau sekali
mereka telah pun bersetuju, mereka tidak perlu ubah-ubah lagi walaupun panglimapanglimanya ada yang pencen, ada yang baharu.
Jadi, kita tidak usah ikut orang lama hendak ini, orang baharu hendak itu. Susah,
Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita akan stick to the model that’s been agreed. Itu lah yang akan
kita lakukan dan ini akan mengurangkan potensi orang kata variation order yang banyak
ataupun masalah-masalah pada masa akan datang. Itu yang kita buat. Yang dua lagi yang
belum kita buat ialah projek ini mesti kita refer ataupun kita kemukakan laporan status mereka
kepada PAC secara berkala dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Ini akan kita
buat. Akan tetapi sekarang ini projek itu belum lagi bermula, Tuan Yang di-Pertua. maka tidak
dapat lah kita melaporkan progress dia. Yang selebihnya ialah berkenaan dengan– apa lagi
minta ya.
Peratusan LCS1 itu tidak ada perubahannya Yang Berhormat Sik sebab daripada apa yang Yang Berhormat buat tinjauan selaku pengerusi PAC pada tahun 2021, dia samalah kerana projek ini belum diteruskan lagi.
Dia statusnya sekarang 60 lebih peratus. Dia membuat kapal ini Tuan Yang di-Pertua, ialah
dia pakai blok-blok. Sebenarnya blok itu sudah hampir 90 peratus. Cuma blok yang teras itu
sahaja.
Sekejap. Terus itu sahaja memang
ditinggalkan begitu kerana untuk kita memasang nanti peralatan-peralatan persenjataan dan
juga peralatan-peralatan komunikasi dan macam-macam. Sebenarnya, kapal yang nombor satu itu saya ingat Yang Berhormat Sik pun sudah pergi melawat. Enjinnya semua sudah ada
dalam itu. Dia punya gearbox sudah ada dalam itu, shaft nya, propeller dia sudah dipasang.
Cumanya, persenjataan belum lagi dibuat dan juga dia punya alat-alat komunikasi dan juga
electronic equipment yang belum dimasukkan. Itu sebabnya blok terakhir tersebut memang
tidak dipasang kerana kalau sudah pasang, esok kena buka balik untuk memasukkan
peralatan-peralatan yang saya sebutkan tadi.

Asked on the progress of LCS 1, Mohamad confirmed that no progress has been made since 2021 as the builders were waiting for the official resumption of the project before any work can be done.


— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2150 Articles
Shah Alam

6 Comments

  1. Not reka to to the article but just for info, I heard k.a.i awarded to supply TUDM with 18 F/A-50 worth rm4b n delivery starting from 2026

  2. Contraves will stand to loose. If the issue cannot be resolved then just take contraves out of the contract n appoint another contractor. Contraves not the only supplier of similar products.

  3. If Contraves is hell-bent on their indemnification, I guess it’s best for current and future gov to exclude them from getting any future project ever again.

    And those responsible for the change of design from Sigma to Gowind should be ashamed of themselves.

  4. Imbalanche – ” I guess it’s best for current and future gov to exclude them from getting any future project ever again.”

    This is given… You seriously think that the company was of the impression it could gain future orders? Ultimately we shouldn’t be blaming the company [like all commercial entities it desires profits] but the institutionalised system which enabled the cockup to occur.

    Imbalanche -”And those responsible for the change of design from Sigma to Gowind should be ashamed of themselves.”

    Really? What makes you so sure the shite wouldn’t have hit the fan if Sigma was selected?

    Take note of all that went wrong from the lack of oversight; the lack of corrective mechanisms; BNS overriding the RMN on various things; a government full of hubris but no substance, BNS not being put through a learning curve; etc. How on sweet earth would it have been different?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*