Sixth MMEA DG Appointed

Congratulations. Home Minister DS Saifuddin Nasution congratulating Admiral Maritime Hamid Mohd Amin after his promotion as the sixth MMEA DG today.

SHAH ALAM: Admiral Maritime Hamid Mohd Amin, 59, has been appointed as the director-general of the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA), better known as the Malaysian Coast Guard, today. He replaced Admiral Maritime Mohd Zubil Mat Som who retired last March. Hamid is the sixth director-general of the MMEA.

Hamid was promoted as the deputy director-general (operations) following Mohd Zubil retirement in March while Vice Admiral (Maritime) Saipul Lizan Ibrahim who was the deputy director general (logistics) was made the acting DG. Hamid promotion as the top Coastie and the rank of Admiral was conducted by Home Minister DS Saifuddin Nasution Ismail at Putrajaya today.

Home Minister DS Saifuddin Nasution and Hamid’s wife putting on his new rank. MMEA.

The release from MMEA did not say it but it is likely Hamid was given at least a two-year contract as based on his birth date – April 19, 1964 – he is supposed to start his retirement leave this month. The CDF and IGP are also serving under a two year contract.
MMEA release which include the biodata of the new DG.

Lπ—”π—žπ—¦π—”π— π—”π—‘π—” 𝗠𝗔π—₯π—œπ—§π—œπ—  π——π—”π—§π—¨π—ž π—›π—”π— π—œπ—— 𝗠𝗒𝗛𝗗 π—”π— π—œπ—‘ π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 𝗠𝗔π—₯π—œπ—§π—œπ—  π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨
𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟲 π—‘π—Όπ˜ƒπ—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ – Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ke enam berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang telah bersara wajib pada Mac lalu.
Simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan isteri Yang Berbahagia Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hjh Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dilahirkan di Selangor pada 19 April 1964, Datuk Hamid yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 23 tahun sebelum diserapkan ke Maritim Malaysia sebagai pegawai perintis agensi ini pada 31 Oktober 2005.
Memiliki pengalaman luas dalam pelaksanaan operasi maritim di perairan negara, termasuk Selat Melaka dan Sabah / Sarawak dalam menjaga keselamatan negara daripada pelbagai ancaman khasnya jenayah rentas sempadan, Datuk Hamid pernah memegang pelbagai jawatan termasuk dilantik sebagai Ketua Staff Bahagian Penguatkuasaan Maritim di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2019.
Beliau turut diberikan tanggungjawab menjadi Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Ibu Pejabat Maritim Malaysia pada tahun 2021, seterusnya pada bulan Mac yang lalu, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia.
Berlandaskan perancang strategik dan aturgerak aset yang bijak, beliau telah mencapai banyak kejayaan melalui penahanan dan pendakwaan kes berprofil tinggi seperti penyeludupan / pemerdagangan manusia, minyak, kontraban dan barangan kawalan yang melanggar undang-undang negara.
Malah beliau juga terlibat dalam pelbagai inisiatif untuk memperkuatkan hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia dengan nelayan serta komuniti maritim dalam usaha mempertingkatkan keselamatan maritim negara.
Atas sumbangan dan jasa beliau dalam perkhidmatan maritim, Datuk Hamid telah menerima banyak pengiktirafan seperti Darjah Kebesaran Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Ahli Mangku Negara (AMN) serta Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Ogos yang lalu.
Kini dengan peranan baharu sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, beliau diyakini akan meningkatkan keupayaan aset dan kompetensi warga Maritim Malaysia melalui aspek penguatkuasaan dan carilamat di samping memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi tempatan dan luar negara.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2152 Articles
Shah Alam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*