Selamat Jalan Nuri, Part 2

SHAH ALAM: Selamat Jalan Nuri, Part 2. Remember my story about the tender for wooden crates for Nuri components sometime back? Well the company that won the tender was Azianstocan Sdn Bhd, a company based in Penang.

It appears that the wooden crates had been delivered to the Butterworth airbase and it had been used to store components of the Nuri helicopters of No. 3 Squadron. I mentioned in the story that I assumed the components would be stored at the airbase. I was wrong, the components instead were shipped in a convoy today to Subang airbase where the wooden crates will be kept until the decision was made to dispose off them.

The convoy with the Nuri components lined up at Butterworth airbase prior to their departure to Subang airbase. TUDM picture

From RMAF Facebook page.

KAWAD KONVOI SEMPENA PENGHANTARAN KOMPONEN PESAWAT HELIKOPTER SIKORSKY S61A-4 NURI NO. 3 SKUADRON KE DEPOH MATERIEL UTAMA (DMU) PANGKALAN UDARA SUBANG
BUTTERWORTH, 5 Jul 21 – Pangkalan Udara Butterworth (PU Butterworth) buat julung kalinya telah melaksanakan kawad konvoi bagi penghantaran komponen pesawat helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri dari No. 3 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth ke Depoh Materiel Utama (DMU), Pangkalan Udara Subang secara besar-besaran. Kawad konvoi proses penghantaran komponen tersebut melibatkan pergerakan 20 buah kenderaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu lapan ( 8 buah Treller Prime Mover, tiga (3) buah Frontier, tiga (3) buah kenderaan utiliti, dua (2) buah kenderaan 3 Tan, dua (2) buah kenderaan jenis Hilux, sebuah bas TUDM dan sebuah kenderaan SUV Fortuner. Konvoi ini mendapat bantuan penuh dengan tiga (3) buah motosikal pengiring dari Cawang Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pemindahan komponen pesawat helikopter ini adalah untuk pelaksanaan proses Preservation dan Long Term Storage Pesawat Nuri sementara menunggu proses pelupusan secara rasminya.
Pelaksanaan pemindahan komponen pesawat melibatkan enam (6) pegawai dan 88 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mejar Narmiazrul bin Abdul Rahman TUDM, Ketua Flait Kejuruteraan No. 3 Skuadron dan diiringi oleh Kapten Shazmi bin Hilmi TUDM, Ketua Fleet Kenderaan PU Butterworth yang juga selaku Ketua Pergerakan Konvoi. Pergerakan ini turut diiringi anggota bersenjata daripada Skuadron 214 HANDAU, PU Butterworth bagi memastikan keselamatan aset TUDM sepanjang perjalanan.
Peristiwa bersejarah ini diabadikan dengan pelepasan kumpulan kawad konvoi oleh Komander PU Butterworth, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta turut disaksikan oleh pegawai-pegawai eksekutif pangkalan di samping pematuhan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Konvoi berlepas pada jam 8.30 pagi dan selamat tiba di DMU, PU Subang pada jam 2.30 petang
Pihak pengurusan tertinggi PU Butterworth turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah menjayakan proses pemindahan komponen pesawat Nuri ke DMU, PU Subang dengan teratur dan lancar.

Butterworth airbase commander Brigadier Shaiful Azuar Ariffin (right) saluting the airmen and escorts of the convoy. Note the Nuri behind them, it is likely an Army one as most of the RMAF machines remained in the original green camouflage. TUDM

From the pictures of the convoy, we can ascertained that only components that could fit in the wooden crates were sent for storage to Subang. It is likely that the Nuri airframes remained in Butterworth even the ones transferred to the Army (as can be seen from the picture above).

Two Nuri helicopters peforming their displays at LIMA 19 opening ceremony.

It is unclear when and if the RMAF will conduct an official retirement ceremony for the Nuri. With the leasing tender to be decided soon it may well have to do one in the near future. Check out my video on the Nuri below.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *