Irony is Dead

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAM: Former Defence Minister and Tanah Merah MP DS Ikmal Hisham Abdul Aziz spoke at length on the LCS at Dewan Rakyat on Thursday (October 19). His biggest issue with the LCS project is the fact that Boustead Naval Shipyard (BNS) was still entrusted with the job of completing the ships.

According to him, giving BNS the job to complete the project was like “tikus membaiki labu”. The full exchange from the Dewan Rakyat Hansard. Edited for brevity.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Tan Sri Yang di-Pertua, pada sesi perbahasan ini, saya akan menyentuh mengenai beberapa perkara penting merangkumi isu pertahanan dan keselamatan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana ucapan saya di Dewan yang mulia ini sejak setahun
yang lepas adalah penting supaya rakyat Malaysia untuk sentiasa diingatkan mengenai perihal
skandal kecurangan berkaitan pembinaan kapal Littoral Combat Ship yang sudah diketahui oleh
masyarakat umum di seluruh dunia.

Bukan sahaja kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir ini sudah menjadi kerja
pembinaan yang paling lama dan termahal di dunia, malah seakan wujud satu usaha terancang
oleh pihak-pihak tertentu supaya rakyat Malaysia segera melupakan kecurangan yang berlaku
berkaitan projek LCS ini serta memaafkan pihak-pihak yang terlibat khususnya syarikat kontraktor
utama Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. ringkasnya BNSSB yang gagal menyiapkan kapal
kita dalam tempoh kontrak sebagaimana terma yang dipersetujui.

Lebih malang lagi, syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. ini masih kekal diberikan
kepercayaan oleh kerajaan pada hari ini untuk meneruskan projek pembinaan kapal LCS dengan
kos tambahan berjumlah RM2.1 bilion daripada kontrak asal bernilai RM9.1 bilion iaitu
pertambahan kos yang sebenarnya mampu membina sebuah lagi kapal LCS untuk TLDM.

Namun peliknya, projek kapal LCS negara kita walaupun dengan pertambahan kos peruntukan
yang besar, ia telah dikurangkan daripada asal enam buah kepada lima buah kapal sahaja
sedangkan jumlah RM11.2 bilion keseluruhan ini mampu membina tujuh buah kapal LCS untuk
TLDM.

Saya juga ingin merujuk penjelasan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada bulan
September bulan lepas sewaktu menggulung Laporan Kajian Separuh RMKe-12 bagi perkara
melibatkan MINDEF di mana beliau telah menjelaskan bahawa peningkatan kos berjumlah
RM2.1 bilion ke atas projek LCS negara adalah disebabkan perubahan kerja-kerja spesifikasi
bagi sistem utama yang akan dimuatkan di atas kapal-kapal ini iaitu Surface-to-Surface Missile,
Decoy Launching System dan Integrated Platform Management Systems.

Menurut Yang Berhormat Menteri lagi, peningkatan kos RM2.1 bilion ini tidak melibatkan
kos non-recurring kerja-kerja pembinaan kapal. Oleh itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan –
oleh itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjelas dengan lebih terperinci
apakah maksud pernyataan beliau itu.

Bukankah perolehan enam buah kapal LCS untuk TLDM yang telah dimeterai antara
MINDEF dengan syarikat BNS sejak tahun 2014 lagi telah merangkumi segala keperluan
persenjataan kapal canggih ini. Agak ralat bagi saya, sebuah kontrak perolehan paling canggih
dan paling besar dalam sejarah negara tidak diperhalusi dengan teliti. Saya juga ingin rujuk
perjanjian tambahan keempat yang dimeterai pada 24 November 2017 antara MINDEF dan
syarikat BNS yang telah jelas merubah sistem persenjataan daripada MBDA kepada Kongsberg
system sebagaimana yang tertulis dalam laporan PAC terkini yang dikeluarkan 9 Oktober 2023
yang lalu.

Apakah rasional perjanjian terbaru keenam yang juga perkara yang sama dengan
perjanjian tambahan yang keempat dulu yang dimeterai pada tahun 2017. Kenapa hanya selepas
projek kapal LCS ini gagal dijayakan oleh pihak kontraktor berdasarkan kepada garis waktu
termaktub di dalam kontrak iaitu kapal LCS yang pertama patutnya siap pada bulan April 2019.
MINDEF perlu menyemak semula keperluan Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching
System dan Integrated Platform Management Systems pada tahun ini 2023. Dalam perjanjian
tambahan keenam iaitu empat tahun selepas syarikat gagal memenuhi garis waktu untuk
menyiapkan kapal LCS yang pertama.

Sekali lagi, saya ingin bertanya apa perbezaan perjanjian tambahan keempat dengan
perjanjian tambahan keenam yang menyentuh butiran yang sama? Saya sebenarnya khuatir Tan
Sri Yang di-Pertua bahawa terma dan syarikat perjanjian tambahan keenam antara MINDEF dan
syarikat BNS hanya tindakan licik bertujuan untuk mengaburi atau merasionalkan peruntukan
tambahan berjumlah RM2.1 bilion ke atas projek kapal LCS ini dengan menggunakan alasan
perubahan skop sistem persenjataan yang sepatutnya sudah selesai pada 2017 lagi.
Saya juga ingin rujuk Laporan PAC tahun 2022 yang jelas menyatakan syarikat BNS ini
telah menggunakan alasan peluasan skop kerja terhadap perkara yang sama yang melibatkan
Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management
Systems sebagai alasan utama. Kenapa kelewatan projek ini berlaku?

Taktik peluasan skop terhadap butiran yang sama seakan seperti pisang berbuah berkali-kali. Soalan saya, apakah MINDEF telah mengenakan tindakan LAD atau ganti rugi kepada syarikat BNS yang telah gagal memenuhi komitmen menyiapkan kapal LCS kita mengikut tarikh yang ditetapkan. Sekiranya MINDEF tidak mengenakan tindakan penalti LAD ini, malah bertindak menyokong peruntukan tambahan berjumlah 2.1 bilion kepada syarikat yang gagal, perkara ini sudah menjadi sesuatu yang di luar tabii dan sangat janggal dalam peranan MINDEF menjaga kepentingan end user, TLDM yang telah menjadi mangsa dalam penyelewengan yang begitu dahsyat ini.

Soalan lain yang harus kita tanya, apakah rasional dan logik bagi sebuah kapal canggih
yang sudah dibuktikan dengan kejayaan pembinaan kapal LCS yang mengguna pakai reka
bentuk Gowind yang sama dengan kita iaitu dari pemilik harta intelek Syarikat Naval Group
Perancis untuk negara UAE dan negara Mesir? Di mana kedua-dua negara itu tidak memerlukan
sehingga enam perjanjian tambahan untuk dimeterai bagi menyiapkan kapal-kapal LCS jenis
reka bentuk yang sama dan hanya siap dalam masa tiga tahun pembinaan sahaja dengan kos
yang jauh lebih rendah dan lebih murah dari Malaysia.

Apakah perjanjian tambahan keempat projek LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia
yang telah dimeterai pada tahun 2017 tidak melihat dengan teliti aspek keperluan Surface-toSurface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management System ini?
Atau, adakah ini hanya tindakan atau strategi untuk sekali lagi mengelirukan kerajaan bagi
menguatkan alasan untuk menambah peruntukan kepada Syarikat BNS yang sudah kali gagal
berkali-kali dalam memenuhi garis waktu supaya kapal LCS 1 disiapkan seawal April tahun 2019?

Saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan keterbukaan Yang Berhormat Menteri
sewaktu beliau menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 berkaitan MINDEF
pada bulan lalu. Malah saya bersimpati kepada beliau kerana terpaksa menanggung beban
permasalahan kegagalan legasi, kecurangan pentadbiran kerajaan yang lalu.
Namun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati Yang Berhormat Menteri
agar beliau berhati-hati untuk menasihati Yang Berhormat Menteri agar beliau berhati-hati
mendengar cadangan dan syor daripada pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya daripada
pihak kontraktor yang jelas terbukti gagal dan tidak menyiapkan kapal LCS ini sejak tahun 2019
lagi. Sudahlah kos peruntukan bertambah sebanyak 2.1 bilion dan kapal pula, kapal kita pula
berkurang daripada enam kepada lima buah.

Syarikat yang sama tetap diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah yang
mereka sendiri cipta. Pertambahan kos peruntukan ini disandarkan ke atas alasan yang tidak
rasional dan tidak masuk akal. Inilah sebenarnya strategi Syarikat BNS sejak mula lagi supaya
kerajaan menambah peruntukan bagi menyelesaikan masalah wang yang sudah tiris berjumlah
1.4 bilion sebagaimana yang dilaporkan oleh laporan audit Tan Sri Ambrin Buang dan juga
laporan audit forensik Syarikat Alliance IFA ke atas pelan perniagaan Syarikat BNS yang bersifat
samar-samar atau dubious, dengan izin yang boleh dibaca di laman web Parlimen.
Tindakan mempercayai dan menerima bulat-bulat syor yang diberikan oleh pihak
kontraktor iaitu Syarikat BNS tak ubah seperti peribahasa, “Tikus membaiki labu”. Kerajaan
sepatutnya lebih prihatin dan cenderung mendengar pandangan TLDM selaku end user untuk
menyelesaikan masalah ini kerana kesan buruk kegagalan projek LCS ini telah mengakibatkan
kelompangan keupayaan kombatan kepada TLDM yang serius bagi mereka menghadapi
cabaran operasi kawalan keselamatan maritim Malaysia.

Hakikatnya, skandal kapal LCS ini telah menjejaskan barisan hadapan pertahanan
utama Angkatan Tentera Malaysia. Tambahan lagi, kita sedang berdepan dengan cabaran
keselamatan di Laut China Selatan. Namun malangnya, sehingga hari ini kita tidak cakna
terhadap keperluan mendesak dan kritikal TLDM untuk membantu mereka melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka. Malangnya
Sekejap. Malangnya, kerajaan lebih memilih untuk mendengar syor dan cadangan daripada syarikat yang sudah gagal sejak
tahun 2019. Lebih buruk lagi, tiada sebarang tindakan diambil ke atas penyelewengan dan salah
guna kuasa yang bersifat khianat terhadap keupayaan TLDM untuk mempertahankan kedaulatan
negara. Okey
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Saya setuju, sebab itulah saya
kata, kenapa kepada syarikat yang gagal? Kita dah tahu gagal, tetapi masih kita layan cadangan
mereka dan bagi lagi duit lagi tambahan. Memang bagi saya tak masuk akal dan tak logik.
Jadi, sebab itulah saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, apakah jaminan
kerajaan bahawa wang peruntukan tambahan berjumlah 2.1 bilion ini tidak ada satu sen pun akan
sampai kepada Syarikat Contraves Advanced Devices Sdn. Bhd. (CAD) dan Syarikat Contraves
Electrodynamics Sdn. Bhd. (CED) sama ada dalam bentuk bayaran pampasan apa jua bayaran
kerja kepada dua syarikat ini di dalam penyelesaian perjanjian antarabangsa supaya mereka
menarik diri sepenuhnya daripada terlibat lagi dalam pelaksanaan projek pada masa hadapan?
Atau, adakah apa-apa bentuk keperluan bayaran bagi kerja-kerja mobilisasi dan
pembinaan kapal LCS pada masa hadapan kepada kedua-dua syarikat? Ini kerana CAD dan
CED ini memegang hak kontrak dengan vendor-vendor ataupun pembekal syarikat antarabangsa
untuk menyiapkan kapal LCS negara kita.

Suka saya ingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa lembaga hitam rakus
bernama CAD dan CED adalah syarikat yang dicipta oleh Syarikat Boustead Naval Shipyard
sendiri dan bukan orang lain. Selama ini mereka hanya bertindak sebagai orang tengah sematamata tanpa kepakaran yang jelas dalam bidang kejuruteraan pembinaan kapal.
Saya amat khuatir sekiranya kaedah pelaksanaan yang sama dibuat dalam fasa baru
pembinaan kapal LCS pada masa akan datang, tidak akan ada perubahan signifikan terhadap
kemajuan pembinaan kapal LCS kita. Dan lebih buruk lagi, kerajaan terpaksa menambahkan lagi
kos-kos lain dengan alasan-alasan baru, variation order (VO) yang tidak masuk akal untuk
menjustifikasikan tambahan kos bagi menampung jumlah wang yang telah hilang berjumlah 1.4
bilion sebagaimana yang dilaporkan Laporan PAC 2022.

Okey, terima kasih. Terima
kasih Putrajaya. Inilah kebimbangan kita, sebab itu kita minta sahabat sana biar turut sama
memperjuangkan bersama-sama kita.
Saya ingin mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini dan juga seluruh rakyat Malaysia
untuk kita berhenti sejenak dan berfikir dan bermuhasabah diri, ke mana hala tuju sebenarnya
pembangunan keupayaan TLDM yang ingin kita capai dengan seolah-olah mempermainkan
kecerdasan akal fikiran kita sendiri dengan memberikan janji kosong bahawa kapal LCS akan
siap pada tarikh-tarikh tertentu. Tiang gol sudah banyak kali beralih berkaitan hal-hal ini. Mulamula kata akan siap pada April 2019, kemudian berubah kepada 2024, kemudian ubah lagi 2026.
Dan terbaru dalam laporan PAC terkini yang dikeluarkan pada minggu lalu menyatakan kapal
LCS kita hanya akan siap pada tahun 2029 pula. Kita perlu hentikan tindakan main-main ini dan
tidak harus..

Mengambil mudah terhadap permasalahan kapal LCS yang berlaku. Sudahlah mereka yang terlibat dalam skandal ini masih belum dibicarakan. Sekarang peruntukan tambahan diluluskan kepada syarikat yang sama, yang terbukti gagal dalam menjayakan program ini dengan jumlah peruntukan tambahan yang begitu banyak. Bukankah ini tindakan seperti duri dalam daging yang secara tidak langsung mensabotaj keupayaan TLDM menjaga kedaulatan negara.

Sebab itulah seperti Putrajaya kata, saya menyerulah rakan-rakan di sebelah sana untuk
sama-sama memperjuang ya, memastikan mereka yang bertanggungjawab menyeleweng wang
projek kapal LCS ini untuk dibawa ke muka pengadilan. Di manakah prinsip kita pada hari ini?
Ke manakah hala tuju negara yang ingin kita bawa untuk kita menutup sebelah mata terhadap
kecurangan ini? Ya, silakan.

Saya setuju. Sebenarnya banyak kapal ini, kapal ini kalau kita pergi tengok, kapal ini dia letak di- dia tak letak atas laut. Dia letak dekat tepi. Dan bila tepi ini, bila dah lama ini dia akan berlaku macam-macam kerosakan. Karat, corrosion. Kemudian begitu juga dengan wayar yang begitu panjang, berkilo-kilo jauhnya dan wayar ini saya dah bangkitkan. Walaupun bunyi macam kelakar, saya kata wayar ini terdedah dengan apa? Kerosakan, makan kena gigit dengan tikus, ya. Ia akan menyebabkan kos akan bertambah-tambah lagi.

Sebab itulah, sebab itulah- akhir sekali Tan Sri saya nak landing dah ya. Sewaktu saya
menjadi Timbalan Menteri Pertahanan yang lalu pada penggal lepas, saya telah menjawab satu
soalan lisan di dalam Dewan yang mulia ini pada Oktober tahun lalu yang menyatakan bahawa
kertas siasatan mengenai perkara ini sudah hampir siap. Kini, dah setahun dah, ya.
Apakah status siasatan berkenaan hal ini? Sepatutnya tindakan sudah diambil untuk
mendakwa mereka yang terlibat dan bukan hanya melaporkan perkara ini masih lagi dalam
siasatan. Apakah ada perkara ya, apakah ada perkara yang cuba disorokkan oleh kerajaan yang
memerintah berkenaan isu LCS ini walaupun skandal projek LCS ini sudah menjadi isu
penyelewengan terbesar dan terburuk dalam sejarah negara kita yang dicintai ini. Jadi, oleh
sebab- okey Tan Sri, saya ada sikit saja ini. Ini poin yang kedua, saya nak move.

As he was the deputy defence minister for two administrations prior to the current one, Ikmal Hisham is likely purview to the decision to retain BNS to complete the project. Unfortunately, he did not say what the government should have done.

It is also interesting that he pointed out that the current Defence Minister DSU Mohamad Hasan had told Parliament that the increase in cost for the sixth supplemental contract was due to the change of specifications of the equipment to be install in the ships, which were denied in the Public Accounts Committee (PAC) report.

As for the LAD, the PAC report did say that as the company was being nationalised, the Defence Ministry was off the view that it was no longer necessary to impose it.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2152 Articles
Shah Alam

12 Comments

  1. Just a politic talk. I think the main objective to continue is just so call keep the 8k worker job and to keep TLDM retirement workplace. We have change 3 administrations in a 5 years periods, none of them want to pull a handbrake.

  2. Blaming others when you yourself failed to do anything concrete is a joke. You should blame the original people who caused this shameful fiasco. Those who were at the helm when the ships were supposed to be completed but failed. The current government is trying its best to save the nation’s face. Give it some supports, will ya!

  3. @laloki
    “The current government is trying its best to save the nation’s face.”
    The current government are filled with people who were in the last government or were not ever in the defence sector. Hardly a resounding reason to give them any support!
    Show me the results then I will judged them worthy or not!

  4. joe, results wont come in a day. just let them do the job peacefully. whatever we say here wont change a bit of what had or going to happen. so far in term of military enhancement, I am ok with the development and progress of the national defence and defence industries sector. Far better than the dark and bleak period.

  5. @laloki
    “just let them do the job peacefully”
    Nobody said to the contrary. Otoh…

    “ok with the development and progress”
    What is it exactly they did that made you so happy? Did they make a huge buy? Not really. Did they fix the current issues? Not really. Did they introduce something new? Not really.

    “Far better than the dark and bleak period.”
    From memory, the dark and bleak period was during 1st PH rule when no major buys came, some ongoing were frozen or canceled, then after PN had massively invested in defence for Ops Benteng against Covid, many positives were felt for the servicemen at the frontlines. What about today?

  6. .. The current government are filled with people who were in the last government or were not ever in the defence sector.

    Dude, if you are saying an exGeneral would be a better Minister of Defence .. I honestly am not impress with the 1 exLtGen in the parliament now

  7. @laloki
    If you looked back here you can see that we bought far more stuff under Ops Benteng than during 18months under PH

  8. With the SAM still not publicly decided yet, will there be any chance RMN opt for mix of quad-packed camm and vl mica ng?

    This configuration can lead help increase the number of missiles LCS carried. Example would be, assuming what MBDA said could be done, 16 camm (quad-packed 4 cells) + 12 vl mica ng which gives total of 28 SAMs

    My preference is still on quad-pack mk41 + essm block 2. Hopefully LMS batch 2 have essm block 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*