More Defence Stuff on Dewan Negara

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAM: Defence Minister DSU Mohamad Hasan spoke at length on national security and defence issues at Dewan Negara on March 4, 2023. Unfortunately, as usual the minister spoke on general terms only and nothing specific. He did mention that the ministry was procuring LMS but did not even say where they are buying the ships apart from that it will be much better than the earlier batch of LMS.

Mohamad said the reason the ministry was embarking capacity building was not for war-making but to show that we can defend our territories.
“When people put ships, we put ships. We cannot put up a sampan when people put ships. If people put corvette, we put corvette and if people put frigate, we put a frigate.

On the local defence industry, Mohamad said that the defence industry policy will be announced at LIMA 23 to be held this May. He said once the policy is published the ministry will table a bill in parliament on the local defence industry.

The full Hansard below:

Datuk Paul Igai minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah kementerian
bercadang menambah aset ketenteraan seperti dron, peluru berpandu sepertimana yang
diimport oleh Rusia dari Iran.
Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan]: Terima kasih,
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, memang tugas hakiki Kementerian Pertahanan
dan Angkatan Tentera Malaysia adalah untuk sentiasa memastikan bahawa keupayaan
ketenteraan yang mencukupi agar kedaulatan dan pertahanan negara ini sentiasa berada
dalam keadaan yang terbaik…
Tuan Yang di-Pertua: Insya-Allah.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Berasaskan kepada itu, Tuan Yang diPertua, sebarang apa jua perolehan aset ketenteraan yang baharu, ia perlu melalui proses
penilaian daripada berbagai-bagai-bagai pihak, terutamanya, daripada pihak user itu sendiri,
dengan izin.

Kalau laut, navy lah. Kalau udara, tentera udara dan kalau darat, tentera darat. Ada
sekurang-kurang tiga Jawatankuasa Penilai di peringkat user untuk menilai.
Falsafah pertahanan negara Tuan Yang di-Pertua adalah berasaskan kepada
ancaman ataupun threat. Apa jenis ancaman yang kita hadapi, kita kena nilai dan daripada
mana? Bila kita dapat itu, apa jenis ancaman dan daripada ancaman itu datang, maka di situ
kita akan menilai kita punya tahap keupayaan pertahanan negara. Makanya, sebarang apa
jua pembelian aset-aset baharu ia tidak boleh lari daripada asas itu, Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan soalan daripada Yang Berhormat Senator tadi, apakah kita akan membeli
dron-dron yang berkeupayaan peluru berpandu seperti mana pihak Rusia membeli dari Iran?
Setakat pada ketika ini, Tuan Yang di-Pertua kita belum ada lagi dan kita masih menilai konflik
ataupun perang Rusia-Ukraine ini memberikan kita pengajaran yang banyak di atas- orang
kata peralihan falsafah peperangan Tuan Yang di-Pertua. Berperang tanpa menggunakan
apa kita kata, ancaman tradisional.
Sekarang sudah pakai dron, pakai macam-macam. Ada dron yang mempunyai
kapasiti peluru berpandu. Ada dron yang kamikaze dron. Macam-macam. Ini sedang kami
nilai dan sedang kami kaji. Memang ia akan menjadi sebagai suatu apa yang dipanggil
sebagai cara berperang cara moden, bukan macam dulu lagi. Banyaknya pertempuran di
daratan, Tuan Yang di-Pertua.
Kita pula punya falsafah di sini Tuan Yang di-Pertua, pertahanan negara tidak boleh
dipertahankan di daratan sahaja. Kita mesti mempertahankan negara kita 300 kilometer
ataupun 500 kilometer di luar persisiran pantai kita. Kalau mereka sudah sampai atas
persisiran pantai kita sudah terlambatlah untuk kita membuat apa-apa.
Jadi apa keperluan kita? Kita mesti mempunyai keupayaan meninjau, melihat apa
pergerakan yang bakal berlaku di sekitar perairan negara kita. Khususnya sekarang ini
kawasan yang banyak diperkatakan kebelakangan ini adalah di kawasan Laut China Selatan.
Di situ Tuan Yang di-Pertua, kepentingan negara itu amat tinggi sekali, melebihi 20 peratus
KDNK negara kita ada di sana. Telaga minyak, telaga gas kita. Jadi, apakah yang perlu kita
lakukan? Maka di sini, fungsi Kementerian Pertahanan Malaysia untuk melihat dan
memastikan supaya kepentingan negara ini mesti dipertahankan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, makanya atas asas itu banyak pertimbangan baharu yang sedang kami teliti dan
kita akan menghasilkan suatu White Paper, kajian yang telah pun dilakukan. Kita telah pun
membentangkan di Parlimen Kertas Putih Pertahanan negara. Akan tetapi, itu tiga hingga
empat tahun dulu. Teknologi berubah Tuan Yang di-Pertua dan kita akan mengkaji semula
Kertas Putih Pertahanan negara kita khususnya cara-cara mempertahankan kedaulatan dan
juga benteng pertahanan negara kita, mesti kita memperbaharui memandangkan perubahan
teknologi yang begitu kerap berlaku dan begitu pantas berlaku, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat
Senator Datuk Paul Igai.
Datuk Paul Igai: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Menteri Pertahanan sendiri yang menjawab. Soalan saya, adakah ataupun apakah perkara
atau cadangan dalam Kertas Putih yang telah sedia ada diubah atau ditambah atau dinilai?
Memandangkan perkembangan terkini dalam pengeluaran aset-aset tentera udara, laut dan
darat adalah semakin canggih.
Ini mengikuti maklumat kedua dalam Kertas Putih Pertahanan iaitu mengkaji semula
persekitaran strategik keselamatan yang telah berubah dengan mengambil kira trend terkini
agar sejajar dengan realiti cabaran semasa dan yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua,
mengenai dron tadi. Saya…
Tuan Yang di-Pertua: Mengenai apa?
Datuk Paul Igai: Dron.
Tuan Yang di-Pertua: Oh, dron.
Datuk Paul Igai: Dron tentera untuk peperangan. Saya baca di laporan banyak
komponen dari dron ini adalah dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Saya fikir ada 80 lebih
peratus. I think we have to kaji properly. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Pertahanan tentulah tahu itu. Insya-Allah. Sila Yang Berhormat
Menteri.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Terima kasih, Yang Berhormat Senator,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kajian terhadap Kertas Putih
Pertahanan negara, seperti yang telah saya sebutkan tadi, ya, kami sedang mengkaji, menilai
semula Kertas Putih Pertahanan negara kerana Kertas Putih tersebut walaupun dibentangkan
di Parlimen empat tahun setengah dahulu tetapi ia dibuat lima, enam tahun sebelum itu.
Makanya falsafah pertahanan negara sudah banyak berubah. Cara berperang sudah
banyak berubah. Teknologi lagi banyak berubah Tuan Yang di-Pertua. Itu sebab saya katakan
tadi bahawa kami sedang menilai Kertas Putih tersebut dan kita akan memastikan supaya
Kertas Putih benar-benar menggambarkan asas dasar pertahanan negara yang baharu,
mengambil kira keadaan sekeliling berlaku.
Dron seperti yang disebut tadi memang kita tahu. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua
setakat hari ini kita mempunyai kemampuan aset-aset dron ini, tidaklah seperti dron yang
besar-besar itu Tuan Yang di-Pertua, yang ada TLDM dan juga tentera darat. Kebanyakan
dron atau semua dron ini merupakan dron yang bersaiz kecil iaitu dron-dron yang untuk kita
mengawasi sempadan negara terutamanya Sabah dan Sarawak iaitu dron-dron yang kecil,
yang boleh dibawa dan senang untuk diurus selia Tuan Yang di-Pertua.
Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengumumkan bahawa kita
akan memperoleh, telah pun membuatkan perolehan iaitu untuk membeli tiga biji dron. Ini
besar Tuan Yang di-Pertua iaitu MALE dron iaitu Medium-altitude, Long range-endurance iaitu
dron yang besar. Ia macam jet pejuang besarnya, tiga biji, yang mempunyai kemampuan
range-nya sejauh 350 kilometer, dan boleh berada di udara selama lebih 30 jam.
Jadi, ini akan kita buat deployment di perairan Laut China Selatan yang mana seperti
saya sebut tadi, kita mesti mempunyai keupayaan mata dan telinga Tuan Yang di-Pertua.
Mata kita mesti berupaya memandang jauh, 350 kilometer dari pantai kita. Sebarang apa yang
berlaku kita mesti tahu sebelum ia berlaku. Jadi, dengan adanya keupayaan baharu ini Tuan
Yang di-Pertua, insya-Allah dan kita pula baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua telah pun
diluluskan. Saya harap nanti supaya Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara meluluskan
perolehan tiga biji LMS yang kita akan dapat peroleh daripada negara yang mempunyai
keupayaan, ternyata mempunyai rekod yang telah pun membina banyak kapal LCS dan juga
LMS.
Beza antara LMS dan LCS, LCS ia panjang lagi, 120 meter panjang. Akan tetapi, LMS
ini ia pendek sikit, 100 meter tetapi keupayaannya hampir sama. Cuma LMS tidak ada surface
to submarine ataupun dari atas ke dalam submarine. LCS ada, ia surface to submarine,
surface to surface, surface to air, ada.
Akan tetapi LMS ini ia surface to surface, surface to air sahaja. Ia tidak dilengkapkan
untuk kita mengesan kapal selam. Akan tetapi, LMS ini lebih laju dan boleh repeat deployment
untuk kita buat maneuver supaya ia sebagai interceptor dan juga boleh maneuver dengan
begitu baik sekali Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, ini merupakan asas pertahanan negara seperti yang saya sebutkan sebentar tadi
bahawa kepentingan kita di Laut China Selatan. Kita tidak boleh mengatakan Laut China
Selatan ini kawasan bertindih, itu salah Tuan Yang di-Pertua. Laut China Selatan ini laut yang
mana kita telah pun buat sebagai Exclusive Economic Zone (EEZ).
■1030
Banyak pencerobohan telah berlaku. Berpuluh-puluh kali perairan kita telah dicerobohi
dan kita tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja bahawa perairan negara kita dicerobohi.
Ada satu kuasa yang sedang meletakkan aset ketenteraannya iaitu sentiasa sahaja di sana,
24 jam satu minggu atau pun satu hari seminggu, 365 hari. Makanya, kita perlu
memperkasakan aset-aset ketenteraan kita. Bukan kita hendak berperang tetapi kita hendak
supaya perairan dan kedaulatan negara kita dapat dipertahankan. Terima kasih.
Dato’ Arman Azha Abu Hanifah: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.
Datuk Razali bin Idris: Sakit tangan tunggu hendak tekan mic lama. Terima kasih,
Yang Berhormat Menteri. Kita setuju Kementerian Pertahanan Malaysia adalah khusus untuk
menjaga kedaulatan negara, perairan negara. Sama ada udara, darat ataupun air.
Jadi, soalan saya, sejauh manakah tindakan pihak kerajaan terhadap pencerobohan
kapal-kapal China mutakhir ini di perairan negara kita? Terkini tahun 2020, kita nampak belum
ada tindakan yang berkesan. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat
Menteri, sejauh mana tindakan kita terhadap pencerobohan tersebut?
Tuan Yang di-Pertua: Silakan
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
seperti yang saya katakan tadi, berpuluh-puluh kali perairan kawasan kita dicerobohi.
Makanya, disebabkan itu keperluan untuk kita memperkasa dan menambah aset-aset
ketenteraan kita, terutamanya tentera laut. Pencerobohan ini berlaku. Saya tidak hendak
sebutlah negara mana. Banyak juga pencerobohan.
Akan tetapi, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan perairan negara kita
selaras dengan United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS). Itu penting
kerana ini telah diperakui oleh United Nations sebagai undang-undang laut yang diterima
pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu- kita termasuklah dalam UNCLOS
tersebut, menyebut bahawa setiap negara dari pesisir pelantar benuanya, boleh, iaitu sebagai
Zon Eksklusif Ekonomi mereka sejauh 250 kilometer, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini yang kita pertahankan. Itu sebab saya katakan tadi, kita
tidak boleh sebut ia kawasan bertindih. Ia ialah kawasan perairan negara kita. Selaras dengan
United Nations Convention on the Law of the Sea 1982, kita perlu dan mesti mempertahankan
kedaulatan negara kita, perairan negara kita.
Akan tetapi, berbalik semula kepada keupayaan kita, Tuan Yang di-Pertua. Itu
sebabnya Malaysia sekarang sedang dalam proses untuk capacity building, dengan izin, iaitu
untuk kita memperkasakan aset-aset negara kita, daripada segi pertahanan. Kalau orang
taruk kapal, takkan kita hendak taruk perahu, Tuan Yang di-Pertua. Mesti kalau orang taruk
kapal, kita taruk kapal. Orang taruk korvet, kita taruk korvet. Orang taruk frigat, kita taruk frigat.
Bukan hendak perang tetapi kita jangan diperlekeh dek orang. Itu sahaja. Itu yang sedang
dilakukan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua: Alhamdulillah.
Dato’ Arman Azha Abu Hanifah: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Yang Berhormat Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad
Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan
Yang di-Pertua, semenjak tahun 1999 sehingga sekarang, perolehan Kementerian
Pertahanan Malaysia mempunyai banyak sejarah hitam. Jadi, saya hendak tanya Yang
Berhormat Menteri. Kalau tengok Iran yang dikepung dunia lebih 30 tahun, boleh
mengeluarkan dron antara yang terbaik di dunia. Türkiye antara yang terbaik di dunia
sekarang ini, dron ketenteraan. Malaysia ada sebuah syarikat tempatan bumiputera, antara
pengeluar dron komersial, Aerodyne. Ia antara yang terbesar di dunia.
Bolehkah mulai sekarang ini kerana teknologi dron ini tidaklah berapa- Iran sudah
bangunkan, Türkiye sudah bangunkan. Bolehkah Malaysia sekarang ini memikirkan ke arah
kita hendak jadi pengeluar dron itu? Ini adalah kerana Iran berjaya, Türkiye berjaya.
Kenapakah kita tidak boleh berjaya? Sedangkan kita sudah ada syarikat tempatan Aerodyne,
komersial terbesar di dunia. Wallahualam
Tuan Yang di-Pertua: Ada sebut syarikat pula ini. Ada apa-apa?
Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad: Eh, tidak ada kena mengena.
Tuan Yang di-Pertua: Oh, tidak ada.
Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad: SPRM boleh mari semak.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri… [Ketawa]
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Terima kasih ,Yang Berhormat Senator.
Betul, kita mempunyai banyak syarikat yang berkeupayaan mengeluarkan bukan sahaja dron,
tetapi berbagai-bagai lagi aset pertahanan yang boleh diguna pakai. Itu sebabnya
Kementerian Pertahanan Malaysia sekarang sedang merangka dan insya-Allah akan
dilancarkan semasa LIMA 2023 iaitu pada bulan Mei nanti, Dasar Industri Pertahanan Negara.
Kita tidak ada satu- dasar yang boleh mengawal selia industri pertahanan ini. Masingmasing buat hal masing-masing. Jadi, tidak ke mana industri pertahanan kita, Tuan Yang diPertua ya. Industri pertahanan ini mesti dikawal selia. Itu sebabnya kemungkinan besar
selepas dilancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara nanti, pihak Kementerian Pertahanan
Malaysia akan mengemukakan satu bill kepada Parlimen iaitu akta Parlimen berkenaan
dengan Dasar Industri Pertahanan Negara.
Banyak negara lain yang berjaya dalam industri pertahanannya, Tuan Yang di-Pertua,
mempunyai agensi ini yang dikawal selia oleh kerajaan. Indonesia misalnya, mempunyai
agensinya, yang mempunyai aktanya. Di Thailand ada, di UAE ada, dipanggil EDGE. Di
Türkiye ada, dipanggil SSB, direct to ataupun terus lapor kepada Presiden. Itu sebabnya
industri pertahanan mereka boleh berkembang, boleh maju dan menjadi sebagai penggalak
dan juga conduit kepada pembangunan ataupun pembesaran ekonomi negara. Ini
disebabkan industri pertahanan ini Tuan Yang di-Pertua, merupakan industri yang besar. Ia
berbilion-bilion.
Jadi, jika kita boleh jayakan industri pertahan negara dengan baik, disusun atur, diurus
dengan baik, adanya akta Parlimen, maka saya yakin, Kementerian Pertahanan Malaysia
yakin Tuan Yang di-Pertua bahawa Malaysia besar kemungkinan kita boleh menjadi
sebahagian negara yang menjadi pengeluar kepada aset-aset pertahanan.
Jadi, soalannya di sini adalah sekarang ini banyak orang buat tetapi ia tidak disusun
rapi, tidak dikawal selia. Kemampuan belum lagi begitu apa. Macam yang hendak beli tiga biji
saya katakan tadi, MALE UAV. Ia mempunyai platform peluru berpandu tetapi kita tidak beli
persenjataannya. Akan tetapi, platform sudah ada. Jika diperlukan pada masa depan nanti,
kita memerlukan keupayaan peluru berpandu, kita sudah ada. Cuma, kita akan memilih jenis
peluru berpandu bagaimana yang boleh disesuaikan kerana kapasitinya, weight capacity-nya
sampai 200 hingga 300 kilogram.
Jadi, ini merupakan kita punya jangka panjang. Kita beli dron yang tidak ada
keupayaan peluru berpandu tetapi platformnya sudah ada, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Misalnya, kata lagi lima tahun. Kita
memerlukan keadaan pada ketika itu, memerlukan Malaysia mempunyai dron yang
berkapasiti, berkeupayaan combatant-nya nya ada misil, kita sudah ada platform. Ini kita
punya cara kerana kita akan membuat secara bersistematik agar kita tidak banyak
pembaziran.
Betul kata Yang Berhormat Senator, sejak tahun 80-an, berbilion-bilion duit kerajaan
di atas industri pertahanan tetapi ia tidak diurus dan ia tidak ada suatu akta yang boleh
mengawal selia industri ini. Jadi, apabila tidak kawal selia, dia untung daripada industri
pertahanan, dia pergi jadi developer. Dia rugi di sana. Kalau ada aktanya, maka kita boleh
buat suatu- dasar untung daripada industri pertahanan, mesti 30 hingga 40 peratus
keuntungan, mesti di-plough back untuk ke industri sebagai research and development (R&D).
Itu yang kita hendak buat supaya pada satu ketika nanti, insya-Allah, Malaysia akan
mempunyai industri pertahanan yang disegani oleh kawan dan lawan. Insya-Allah.
Datuk (Dr.) Ras Adiba binti Mohd Radzi: Tuan Yang di-Pertua, saya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli: Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen hendak bercakap.
Akhir sekali ya.
Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Banyak sedikit sebab Yang Berhormat Menteri jarang dapat
bersama kita.
Datuk Lim Pay Hen: Saya ingin kemukakan satu soalan kepada kementerian. Apakah
perancangan kementerian bagi meningkatkan sistem pertahanan negara berasaskan
teknologi angkasa ataupun satelit? Berikutan banyak negara besar seperti Amerika Syarikat,
Rusia dan negara China telah mengumumkan pertahanan ruang angkasa mereka. Sekian,
terima kasih.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya kami
sedang berunding dan melihat kita punya X-Band pakai MEASAT atau tidak sebab kadang-kadang memerlukan suatu kajian. Kita tidak mahu pula nanti kita menggunakan. Kita punya
MEASAT ini Tuan Yang di-Pertua, ia terlampau rapat dengan Jepun dan juga China, dia
punya satelit. Jadi, kita tidak mahu nanti kita punya kapasiti itu, ia tidak boleh besar.
Jadi, kita hendak melihat X-Band mana hendak kita pakai supaya nanti segala
information kita tidak dicuri dek orang. Kita tidak mampu kita punya maklumat-maklumat
diambil dek orang. Jadi, kita meneliti. Memang kita tahu bahawa di dunia sekarang ini kita
berperang ataupun pertahanan negara kita, kita buat dome.
Jadi, orang tidak boleh. Kita akan buat apa yang dipanggil sebagai satu sistem
electromagnetic walaupun dron datang tetapi kita boleh tukar ia punya sistem dan ia balik
kepada orang yang menghantar dron tersebut. Itu sedang kita kaji Tuan Yang di-Pertua. Ia
tidak akan dapat memasuki ruang udara kita. Kalaupun masuk ruang udara kita, ia punya
sistem telah been neutralized. Ia tidak, ia punya weapon itu akan neutralized.
Itu sedang kita lihat tetapi ia mengambil masa Tuan Yang di-Pertua kerana ia
merupakan satu teknologi yang amat tinggi yang perlu kita lakukan dan yang perlu kita nilai.
Banyak orang yang mempunyai kapasiti begini. Banyak negara yang telah ada dome, punya
pertahanan dome ini di mana negara di Timur Tengah yang berperang, yang sentiasa
berperang tersebut, itu sebab ia dipanggil dome. Ia bukan letak dome betul-betul tetapi
eletromagnetic nya. Ini di mana apa sahaja sistem masuk ia boleh neutralize-kan.
Jadi, ini suatu perkara yang mana Dasar Pertahanan Negara perlu melihat seperti
yang saya sebutkan awal tadi, kita perlu kaji semula. Ini kerana perkembangan teknologi yang
bertukar begitu pantas yang berubah begitu cepat, kita tidak boleh lagi duduk katakan 10
tahun punya Kertas Putih begitu masih lagi kita hendak buat. Kita perlu tambah nilai, perlu kaji
Tuan Yang di-Pertua dan kita akan menilai cara yang paling baik mengikut kehendak dan juga
mengikut keadaan negara kita. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2141 Articles
Shah Alam

17 Comments

  1. Glad to see that tokmat denied the existence of tuntutan bertindih even when his boss is making a fool of himself by doubling down on his tuntutan Bertindih claims.

    Also glad that Tokmat clear the air so to speak on the existence of a review for the DWP, our defense structure is threat based and not capabilities building & the importance of full spectrum capabilities as well as the need for defense industry to a country R&D capabilities as well as sosioeconomic wellbeing.

  2. Why did Mindef didn’t think to place defense rigs at the Benting Patinggi like they did at Tawau..

  3. Our PMX is foolish to please the PRC. Why say something you are likely to deny later on? He can’t be dense if all indicators say he’s our smartest PM!

  4. Since he’s neglected to reveal any further details apart from the confirmed procurement, any chance he’s keeping the LMS 2 for LIMA? Somehow I feel skeptical it’ll even happen then.

  5. So much talk about drones drones drones

    Something we cannot fit onto the gowinds…

    So can we really say there is clearly no need for bigger frigates to deploy UAV, USV and UUVs?

    BTW many politicians are uninformed about the role of MMEA. Right now when the Chinese Coast Guard interfere with our oil & gas activities in our EEZ, most of the time the response was with RMN. If we follow Tokmat’s reasoning, chinese coast guard OPV must be responded with MMEA OPVs too.

  6. Taib – ”Our PMX is foolish to please the PRC.”

    You’re sounding like Zaft now who’s quick to jump to conclusions but has a tendency to not check his facts. How did he please the PRC? Watch his statement; he said that the gas field was well within Malaysia and that Petronas would continue exploration there and that since the PRC was not happy Malaysia was willing to negotiate. Nothing indicates a form of appeasement and Anwar would also not survive politically if he appeased China. The fact is we have always maintained our claims and rejected China’s but we simply can’t ignore China and there has to be diplomacy.

    Far – ”Why did Mindef didn’t think to place defense rigs at the Benting Patinggi like they did at Tawau..”

    What ”defence rigs” and you seriously think ”defence rigs” would deter Chinese ships?

  7. Zaft – “even when his boss is making a fool of himself by doubling down on his tuntutan Bertindih claims”

    I have no idea but since you’re so well informed; is he really “doubling down” or is it merely in your highly subjective but ill informed perspective?

    Zaft – “our defense structure is threat based and not capabilities building”

    If you ask around and do some research you’d realise that most of what we buy is capabilities based. There is nothing he said which indicates that we are transiting to a threat based approach.

    Zaft – “the importance of full spectrum capabilities as well as the need for defense industry to a country R&D capabilities as well as sosioeconomic wellbeing”

    You sound like a party hack parroting the official narrative.

    “Full spectrum” capabilities entail the needed political will for a sustained level of funding over a protracted period and continuity. It doesn’t happen overnight; is not a short term solution and is not necessarily a means to an end. It also has to in line with a clear and holistic appraisal of our defence needs and the strategic calculus as we perceive it.

    As for “the need for defense industry to a country R&D capabilities as well as sosioeconomic wellbeing”; I have no idea how old you are and how long you’ve been observing things but I’ve been hearing that since the late 1980’s; the hubris, indecision, bureaucracy and lack of clear direction which has led to a huge wastage and a MAF whose capabilities don’t reflect also we’ve spent on it.

    Also, the esteemed Defence Minister can say all he wants but unless there actually is a firm commitment to funding; merely rhetoric. He’s not the first; nor will he be the last; Defence Minister to say the right words but he doesn’t drive policy or ensure the needed level of sustained funding is made available

  8. Azlan “You sound like a party hack parroting the official narrative.”

    Official narrative are important because it’s official and not just an individual, believe, opinion, heresay nor speculation.

    It give legitimacy to a vision and the public can scrutinize a program based on it effectiveness to achieve the stated official vision.

    Azlan “If you ask around and do some research you’d realise that most of what we buy is capabilities based. There is nothing he said which indicates that we are transiting to a threat based approach”

    You are free to believe whatever you want to believe.

    Azlan “The fact is we have always maintained our claims and rejected China’s but we simply can’t ignore China and there has to be diplomacy”

    There’s such a thing as diplomacy & there’s are cowboy diplomacy.

    MY official position is as Tokmat as insisted, similar to ID position that there’s are no such thing as tuntutan bertindih. Even if PRC legitimately own the reef, a reef is not an island but a rock. A rock doesn’t get any EEZ and thus there’s nothing to negotiate because Whatever PRC is claiming is illegitimate under international law.

    Guess who goes out of his way insisting very publicly that’s there are such a thing as tuntutan bertindih giving legitimacy to CCP claims?

  9. @hulubalang
    “So can we really say there is clearly no need for bigger frigates to deploy UAV, USV and UUVs?”
    For the now, the TLDM 15to5Plan doesn’t require a need for a bigger boat. With further drone miniaturisation LCS might able to carry some UAV, USV or UUV or mix of both but there likely wil be trade offs ie towed sonar replaced by UUV, or making space in hangar for UAV will result in storage for a smaller sized chopper, but for the moment these are not within the scope design of LCS.

    “BTW many politicians are uninformed about the role of MMEA.”
    Naturally as it is now under Home Office rather than before when it was under PM’s Office since inception until 2018.

  10. Azlan,

    “seriously think ”defence rigs” would deter Chinese ships”

    It is not just about deterrence.

    it is about showing proof of exercising control over the area. A reason why now Chinese coast guard ships have almost continuous presence in EEZ off sarawak coast. If we in the future cannot give any proof of our control of the area (like what happened to Batu Putih), there is a chance that we might lose the area. A good reason why a platform like Tun Sharifah Rodziah would be a good idea for Beting Patinggi Ali.

    Vietnam, for decades has done the same on many deep water reefs that is in the middle of South China Sea. Putting platforms in quite deep waters.

    https://en.wikipedia.org/wiki/DK1_rigs

    https://e.vnexpress.net/news/news/the-military-outposts-guarding-vietnam-s-southern-continental-shelf-a-look-back-4004079.html

  11. Talking about local defence industries, i also share the same opinion and concerns like other here about the ammunition manufacturing. Instead of jumping straight to drones, ships, tanks etc we should carefully develop the ammunition supply chain properly also like for 5.56mm, 7.62mm and so on locally for example rebooting SME, also other gears like helmets, armour plates and boots, raw materials to built alloys for ship and armoured vehicles, tracks, electronics etc also must be considered or else we are just a bunch of ‘system integrators’. We should do a proper study by studying how other countries like India, SG and Israel on how did they do it.

  12. … – “So much talk about drones drones drones”

    Yes. Hubris over a mere 3 UASs which are long overdue and which we have no idea if they will ever be supplemented by additional ones in the near future.

    I hope the politicians and bean counters don’t place UASs in the same category as manned platforms because UASs have to be seen as expandable [despite being a valuable national asset]; we learnt this way before the Ukraine; in Libya and other places; they will and can be lost to enemy action; weather, human error or malfunction.

    … – “Something we cannot fit onto the gowinds…?

    … – “So can we really say there is clearly no need for bigger frigates to deploy UAV, USV and UUVs”

    You really want to know or asking rhetorically?

    – The talk was about 5,000 tonne combatants. We don’t necessarily need a 5,000 tonne combatant to accommodate unmanned platforms because it’s not as if we’re going to embarked dozens. We can have something slightly larger then the present LCS and if you recall I mentioned that the RMN does see the need for a LCS with an increase displacement but not up to 5,000 tonnes which I’m aware you have a penchant for and which I’m also keen on.
    – As it stands there is no intention on operating unmanned platforms in numbers from the LCS but if we did;
    size isn’t the only obstacle but the design. Despite the announcement a few years ago it’s not inconceivable that we won’t in the future operate a UAS from the LCS but obviously it’ll have to be a small one to share the hanger with the embarked helo.

    … – “BTW many politicians are uninformed about the role of MMEA. Right now when the Chinese Coast Guard interfere with our oil & gas activities in our EEZ, most of the time the response was with RMN.”

    Are they really “uninformed”? The Defence Minister is building the case for the LMS Batch 2s and as the Defence Minister he’s focused on the RMN. The relevant Minister should be making the case for the MMEA.

    Also, the reason “most of the time the response was with RMN” is for the simple reason that until it gets it’s OPVs the MMEA has very few ships with the needed endurance and needed to remain on station in the Spratlys
    area for long durations and the ships it has are fitted with less capable sensors compared to RMN ships.

  13. @sr71luqman
    “carefully develop the ammunition supply chain properly also like for 5.56mm, 7.62mm”
    I will put the question to you, as I did with another forumer ardent proponent of local defence industry, what is the point of having supply but no or low demand? If it takes 5 years to use up 12million 5.56mm ammo but only needs 1 year for the local supplier to make them, what are they gonna do for the remaining 4 years? As a private venture it will surely make loss and cannot be sustainable. Will the Govt/taxpayers then have to give them tongkats to survive just so we can claim that we have local ammo supply chain?

    This was accepted during the BN years and when the Govt could afford such inefficiencies but not today with the new era of changing Govts and everything is expensive!

    We only allocate 4Billion RINGGIT not 4Billion SGD, with our puny budget we simply cannot afford to subsidise local players; whether they are supposedly “established” or not. Our Armed Forces needs value for money to maximise every RM spent and if we can buy cheaper and in more quantities outside, so be it.

  14. Wong … – “it is about showing proof of exercising control over the area”

    The rigs in ESSCOM are mainly as forward operating bases not “deterrence” or for the presence. We can have a suitable and major showsome of presence if we can have a variety of assets in adequate numbers and numbers we can sustain.

    “. We should do a proper study by studying how other countries like India, SG and Israel on how did they do it”

    No study is needed to know they have a sound policy; continuity; are willing to spend what is needed and in the case of India and Israel have economics of scale and export a bit.

    We in contrast have hubris; indecision and a flawed policy which prioritises national interests. We form committee after committee and plan a lot but lack substance and sound planning.

    What we should never do is take the position that paying more to sustain the local industry is a penalty worth incurring: we don’t have that luxury. We also have the problem that defence is part of the patronage system and companies get selected not on merit.

  15. ‘…publicly that’s there are such a thing as tuntutan bertindih giving legitimacy to CCP claims?'(Zaft)
    I again say our PM was wrong in using that phrase ‘tuntutan Bertindih’. It’s going to bite him (and Malaysia) badly if and when China uses it against us in the near future. I hate to admit it but Tok Mat is right!

  16. I’m more interested in not what phrase Anwar should have said or shouldn’t or whether the Defence Minister was right or wrong – immaterial to me. Also,
    nothing Anwar has said indicates anything firm; neither a change on policy; in appeasement or us giving away anything.

    Much more pertinent is how China will react once Petronas starts extracting gas from the Kawasari field. Others are also conducting exploration in their areas with the aim to ultimately extract; China is watching and how events play out with us might set a precedent.

    Ultimately our policy regarding the Spratlys will remain unchanged; consistent from the time we launched Operation Tugu to the present; upholding our claims; rejecting China’s and using what diplomatic means are available to us including the UN and other avenues [some would ludicrously mention “cowboy diplomacy” without really understanding anything]; as well as dialogue with other countries.

    At the same time we have to tread extremely carefully and adroitly; China is too important to be ignored; it has been our largest trading partner for one and a half decades and the 3rd largest source of investment after the U.S. and Singapore. National security lies not only in upholding territorial sovereignty but also economic security.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*