X

More on LCS and LMS Batch 2

AN/TPS-78 long range radar. Northrop Grumman.

SHAH ALAM: In a post earlier on LMS Batch 2, Defence Minister DSU Mohamad Hasan was reported as saying that he will be going to Turkiye to negotiate the procurement of the LMS Batch 2 from that country. He was speaking in Parliament as part of the 2023 budget approval process. Posted below is the parliament’s Hansard on March 8. As usual I omitted the other conversations during the proceedings for the sake of brevity. If you want the full transcript, go to the Parliament’s website.

Anyhow, for those who may not have the time to read the transcript, Malaysian Defence can summarise it as follows, the extra budget in the 2023 is not due to the LCS but to other wish list of the Armed Forces including radars. The number of LCS to be completed may turn out to be six. It will depend on what the current Cabinet decision.

No numbers for LMS Batch 2 but RMN asked for three. The amount of budget is still to be determine and building second and third ship locally remained a possibility. Based on what was said it is likely Turkiye is the only country Malaysia is negotiating with.

Malaysia is still interested in Kuwaiti Hornets. The Defence Ministry has written three times to the government. Until now the Kuwaiti government – which has five prime ministers in the last five years or so, had not given any decision on them. The ministry will continue to engage with the country for them.

Terimakasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan
Belanjawan 2023 dalam Dewan yang mulia pada hari ini.
Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan
Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak
RM17.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2023 ini.
Ketika negara dan seluruh dunia menghadapi cabaran ekonomi yang getir yang sekali
gus menuntut kerajaan memberikan tumpuan terhadap usaha membaik pulih sektor ekonomi
dan membela kesejahteraan rakyat, jumlah peruntukan sebesar ini amatlah bermakna dan kami
di Kementerian Pertahanan berasa amat bersyukur sekali.
Sekiranya diluluskan Tuan Yang di-Pertua, saya dan kepimpinan kementerian akan
memastikan perbelanjaan secara berhemah, teliti dan efisien. Kementerian akan pastikan tidak
ada sebarang bentuk ketirisan dan ketidakcekapan dalam membelanjakan peruntukan ini. Bajet
2023 bagi sektor pertahanan cukup penting kerana banyak agenda yang perlu diberikan
perhatian. Antaranya aspek selenggara aset dan perolehan aset-aset baharu ATM bagi
meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara.
Selain daripada itu, aspek kebajikan anggota veteran ATM seperti menyelenggarakan
dan membaik pulih rumah keluarga angkatan tentera, membantu pemilikan rumah mampu milik
secara berfasa di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah dan memperkasakan Program
Kerjaya Kedua Veteran ATM melalui PERHEBAT dengan penyediaan kemudahan latihan dan
peluang pekerjaan kedua kepada golongan veteran ATM.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya
merakamkan terima kasih kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu, Yang Berhormat
Larut; Yang Berhormat Sri Aman; Yang Berhormat Jerantut; Yang Berhormat Ketereh; Yang
Berhormat Bukit Bendera; Yang Berhormat Tanah Merah; Yang Berhormat Pendang; Yang
Berhormat Sik; Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Lumut; Yang Berhormat Tangga Batu;
Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang
Berhormat Pasir Salak; dan Yang Berhormat Sembrong kerana mengambil berat isu-isu berkait
rapat dengan Kementerian Pertahanan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2023 peringkat
dasar di Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai perolehan aset ATM, sebanyak lima orang ahli iaitu
Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat
Lumut dan Yang Berhormat Sembrong telah menyentuh isu perolehan LCS batch dua dan
cadangan perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D terpakai dari Kuwait. Manakala Yang
Berhormat Ketereh meminta kementerian lebih tegas dalam memastikan supaya tidak ada lagi
isu ketirisan dalam perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung jaminan supaya kapal LCS ini tidak akan berlaku
sebarang pengurangan keupayaan kombatannya sebagaimana objektif asal projek ini,
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tiada sebarang pengurangan keupayaan
kombatan terhadap kapal LCS ini sebagaimana objektif asalnya. Tidak ada pengurangan Tuan
Yang di-Pertua, kita akan ikut spesifikasi yang awal. Jika dapat diteruskan projek ini, ia akan
dibuat seperti mana reka bentuk dan juga segala keupayaan kombatannya akan mengikut
spesifikasi awal pihak penggunanya iaitu pihak navy.
Mengenai pertanyaan sama ada penambahan bajet sebanyak RM1.4 bilion kepada
Kementerian Pertahanan semasa bajet tahun ini disebabkan oleh kesan penambahan kos dalam
menyiapkan LCS yang tergendala. Seperti yang saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua dalam
Dewan yang mulia ini semasa menjawab pertanyaan lisan dan penggulungan jawapan Titah
Diraja yang lalu, tidak timbul isu penambahan bajet untuk perolehan LCS semata-mata.
Pada masa ini, Kementerian Pertahanan sedang memberikan penelitian khusus demi
memastikan pembinaan LCS ini dapat diteruskan serta dalam fasa akhir untuk memuktamadkan
cadangan penerusan projek melalui penyediaan memorandum Yang Berhormat Menteri yang
dirancang untuk dibentangkan dalam masa terdekat. Maknanya tidak ada Tuan Yang di-Pertua,
penambahan dalam bajet tersebut. Ia tidak ada kena mengena dengan LCS. LCS ini belum
dibentangkan lagi kepada Jemaah Menteri. Jika ada VO, itu kemudian cerita apabila projek LCS
ini dipersetujui oleh kerajaan untuk diteruskan…
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Okey.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: …Penambahan RM1.4 bilion itu Tuan
Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan perolehan LMS, OEOE dan juga DEDE yang lain
yang kami telah buat secara wish list. Tidak dalam bajet yang telah diluluskan oleh kerajaan
terdahulu, tetapi ada permohonan daripada pihak ketiga-tiga perkhidmatan dalam angkatan
tentera untuk memperoleh aset-aset baharu seperti memperoleh radar dan yang lain-lain Tuan
Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Dua berkenaan dengan penerusan projek
LCS ini, petang ini, selepas daripada pembentangan ini, Kementerian Pertahanan akan
mengadakan perbincangan dengan Menteri Ekonomi dan seterusnya setelah ada persetujuan
untuk kita membawa kepada Jemaah Menteri. Ini kerana perbincangan dengan kementeriankementerian seperti Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan itu perlu sebelum
kita bawa kerana kita hendak segerakan.
Lagi satu, seperti yang telah pun saya sebutkan dalam jawapan Titah Diraja bahawa ada
satu perkara yang menyebabkan kita terpaksa meminta pandangan dan juga nasihat daripada
pihak ketiga iaitu surat untuk kita menandatangani- international settlement agreement untuk kita
menyahkan CAD iaitu syarikat yang menjadi orang tengah untuk tidak adakan lagi. Mereka
memerlukan dipanggil sebagai surat jaminan iaitu to endify them- surat indemniti.
Kami berasa itu bukan di bidang kuasa kami. Akan tetapi daripada setakat yang terakhir
ini, maklumat yang diterima oleh kementerian, mereka telah bersetuju untuk tidak meletakkan
dalam syarat. Jadi, maknanya international settlement agreement itu yang menjadi prasyarat
untuk kita meneruskan projek ini Tuan Yang di-Pertua, dapat kita teruskan setelah mendapat
greenlight daripada kementerian-kementerian berkenaan untuk kita bawa ke dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri. Terima kasih. Insya-Allah, dalam masa terdekat.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Sebelum kita membawa ke Majlis Jemaah
Menteri Tuan Yang di-Pertua, kita tidak tahu sebenarnya. Kalau boleh kita hendak keenam-enam
buah kapal sekali. Akan tetapi, terpulanglah apa yang akan diputuskan nanti oleh Mesyuarat
Jemaah Menteri apabila kita bentangkan paper ini. Jika kita boleh, kehendak kementerian dan
juga kehendak angkatan tentera, kita hendak enam buah kapal Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh
dan jika bolehlah ya.
Ini kerana kita hendak supaya bilangan jumlah tersebut sudah ada. Akan tetapi,
terpulang kepada Mesyuarat Jemaah Menteri semasa kita membentangkan itu nanti. Boleh jadi
dalam sesi akan datang, kita boleh bentangkan ke Parlimen ataupun jawapan saya di Parlimen
Tuan Yang di-Pertua ya.
Perolehan Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tuan Yang di-Pertua, mengenai jumlah
bajet yang diperuntukkan bagi perolehan Littoral Mission Ship ini dan bilangan kapal LMS Batch
2 yang dipersetujui untuk diperoleh oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia. Kementerian
Pertahanan telah memohon peruntukan bagi perolehan LMS Batch 2 dengan butiran lanjut yang
bakal dimuktamadkan setelah bajet ini diluluskan Tuan Yang di-Pertua.
Keputusan kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi perolehan LMS B2 ini merupakan
satu keputusan yang amat tepat memandangkan keperluan TLDM untuk menambah dan
memperkasakan aset maritim baharu bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan maritim
negara sentiasa dalam keadaan terpelihara.
Berhubung pertanyaan sama ada perolehan LMS B2 ini masih mensyaratkan
persediaan wajib iaitu memerlukan persetujuan ataupun keputusan akhir daripada Kementerian
Kewangan? Saya ingin maklumkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua perolehan kerajaan
pada masa ini adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling perolehan kerajaan sedia ada.
Mengenai saranan supaya LMS Batch 2 ini dilengkapi dengan sistem persenjataan yang
lebih menyeluruh sebagai stop gap measure sesuai dengan fungsinya sebagai kapal peronda.
Jawapannya ya, LMS B2 ini ia lain daripada LMS Batch 1 dulu. LMS Batch 1 dulu ia tidak
dilengkapkan dengan peralatan combatant. Memang kita rancang. Memang telah pun dalam
perancangan pihak navy Tuan Yang di-Pertua bahawa kapal LMS Batch 2 ini dilengkapkan
combatant, keupayaan combatant-nya iaitu surface-to-surface missile dan surface-to-air missile.
Ia lebih berkeupayaan, lebih besar dan lebih laju lagi daripada LMS yang sedia ada dalam aset
kita.
Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan supaya sebahagian kapal dibina di luar negara
manakala selebihnya dibina di limbungan tempatan. Kementerian tidak akan mengetepikan
aspek pembangunan industri pertahanan Tuan Yang di-Pertua. Namun begitu, kementerian
sedang meneliti beberapa opsyen bagi tujuan perolehan aset ini. Keutamaan adalah kepada
kehendak pengguna iaitu TLDM dalam memperkasakan asetnya.
Peranan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia…
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian
Pertahanan tidak tahu fasal proses siasatan. Apa yang kami tahu siasatan telah dijalankan oleh
pihak berkuasa SPRM. Sama ada sudah selesai kah belum, kami tidak tahu. Sama ada tindakan
akan diambil pun kami tidak tahu. Apa yang kami tahu, kami hendak siapkan LCS untuk kita
memperkasakan aset negara kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kapal itu
belum kita tahu tetapi apa yang dimohon oleh pihak tentera laut ialah sebanyak tiga buah LMS
dan bajet yang telah pun diluluskan untuk tahun 2023 ini merupakan seed capital untuk kita
cashflow kita menjalankan rundingan dan juga untuk kita buat booking. Di negeri mana, apa yang
telah kita putuskan pada kali ini kita akan berurusan kerajaan dengan kerajaan.
Saya diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk pergi ke negara
Turkiye untuk berunding dengan rakan sejawat saya dan juga dengan agensi pertahanan negara
di sana untuk kita mendaftarkan kita punya interest dan cadangan kita. Kita hendak lihat
bagaimana perundingan ini boleh kita buat dan segerakan agar perolehan aset LMS Batch 2
Tuan Yang di-Pertua, dibuat dengan secara telus yang mungkin.
Kita tidak akan menggunakan third-party tetapi urusan ialah antara urusan kerajaan
dengan kerajaan. Apa yang pentingnya ialah pihak Tentera Laut Diraja Malaysia akan mendapat
aset ini dalam keadaan yang baik dan tepat pada masa yang kita hendak akan aset tersebut,
sementara kita menunggu kapal-kapal LCS ini dibina sepenuhnya Tuan Yang di-Pertua, insyaAllah.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Jawapannya tidak ya. Seperti yang saya sebut, kita punya pembentangan kepada Mesyuarat
Jemaah Menteri belum kita buat lagi dan belum kita tahu sama ada kita hendak teruskan ataupun
dapat meneruskan projek ini ataupun tidak. Petang ini kami akan bermesyuarat seperti yang
saya sebutkan tadi untuk kita membentangkan kepada Kementerian Ekonomi untuk kita pasti
mendapat sokongan daripada Kementerian Ekonomi.
Bajet tambahan yang kita dapat itu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kena mengena
dengan LCS. Ia merupakan perolehan aset-aset yang lain dan tidak ada termasuk dalam bajet
yang telah pun diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Akan tetapi, wish list yang kami minta,
alhamdulillah telah pun diluluskan oleh kerajaan pada hari ini. Terutamanya untuk kita
memperoleh aset-aset macam radar dan yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada kena
mengena dengan LCS. LCS belum lagi diputuskan sama ada hendak diteruskan ataupun tidak,
insya-Allah.
Peranan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia
(MIDES). Mengenai Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM), organisasi ini telah pun
ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah dinaiktarafkan dengan skop yang lebih luas sebagai Majlis
Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia pada April 2020 dan terus
diurussetiakan oleh Kementerian Pertahanan.
Sepanjang penubuhan MIDES ini Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif giat
dilaksanakan bagi manfaat pemain industri pertahanan tempatan dalam membangunkan
keupayaan. Sungguhpun kedudukan industri pertahanan tempatan masih belum setara dengan
pencapaian negara-negara serantau, namun tidak boleh dinafikan pencapaian sektor ini
terutamanya dalam aktiviti maintenance, repair, and overhaul (MRO), (MRO) facilities,
kemudahan MRO, pemasangan, rekaan dan integrasi sistem serta pembinaan pertahanan yang
sehingga kini telah menerima pesanan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang keupayaan aset TLDM dalam menjaga
kawasan maritim negara mengikut trend operasi secara berterusan sekarang dan berkala yang
dilaksanakan oleh TLDM. pada masa ini, aset yang dimiliki masih lagi mampu untuk menjaga
kawasan maritim Malaysia. Penambahan aset seperti LMS Batch 2 ini akan dapat
mempertingkatkan dan memperkasakan lagi keupayaan TLDM dalam menjada kedaulatan dan
keselamatan maritim negara.
Cadangan perolehan pesawat F/A-18 C/D terpakai dari Kuwait. Tuan Yang di-Pertua
berhubung dengan cadangan perolehan jet pejuang terpakai F/A-18 C/D dari Kuwait ini, perkara
ini masih dalam penelitian.
Kita menulis surat tiga kali dah. Pihak kementerian termasuk Menteri yang terdahulu
telah pun menulis surat kepada pihak di Kuwait. Akan tetapi, disebabkan Kerajaan Kuwait ini,
Tuan Yang di-Pertua, sudah lima kali Kabinet berubah. Kabinet ini berubah-ubah, lima kali.
Tiada siapa yang benar-benar membuat keputusan sekarang ini. Jadi, tidak ada
sebarang bentuk komitmen dari negara Kuwait mengatakan bahawa mereka bersetuju atau pun
tidak dengan permohonan kita untuk mendapatkan jet-jet pejuang, multirole combat aircraft
(MRCA) ini, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, untuk kita memperoleh. Boleh diguna pakai
kerana jet pejuang F/A-18C/D ini, Tuan Yang di-Pertua, merupakan jet walaupun ia terpakai
tetapi dia punya flying hours itu rendah dan mereka telah pun diupgradekan.
Jadi, kalau kita dapat atau pun boleh kita mendapatkan perolehan dari negara Kuwait
ini, satu perkara yang amat baik kerana kita boleh dapat dengan harga yang lebih banyak murah.
Dalam pertemuan saya semasa di Abu Dhabi baru-baru ini, saya telah minta juga rakan
sejawat saya untuk membisikkan kepada Emir Kuwait untuk melihat perkara ini. Insya-Allah,
tetapi untuk masa ini Tuan Yang di-Pertua, tiada apa-apa komitmen dari kerajaan negara Kuwaitlagi berkenaan dengan hasrat kita untuk memperolehi aset F/A-18C/D, Tuan Yang di-Pertua,
untuk masa ini.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Terima kasih, Yang Berhormat Lumut.
Benar, Tuan Yang di-Pertua. Tidak bermakna bila saya sebut atau pun kami sebut G2G itu
bermakna kita tidak membawa apa-apa transfer technology. Government to government punya
pengurusan ini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk kita tidak mengadakan sesiapa orang tengah.
Untuk kita mengurangkan kos pembelian dan kita akan terus register kita punya
kehendak atau pun hasrat kita kepada kerajaan negara tersebut. Kerajaan negara tersebut, itu
terpulang kepada mereka untuk memilih limbungan kapal mana untuk kita transfer the
technology. Boleh jadi seperti yang Yang Berhormat Lumur kata tadi buat satu di sana. Kita
hantar pegawai-pegawai kita ke sana untuk kita belajar dan untuk kita menilai. Kemudian, boleh
jadi yang duanya nanti kita akan buat di limbungan tempatan untuk kita pastikan apa yang
dipanggil sebagai industri pertahanan negara ini dapat kita ceriakan dan dapat kita tambah nilai.
Tidak bermakna bila saya sebut G2G itu, kita nak buat semua di luar dan kita beli. Itu
antara pertimbangan yang kita akan buat tetapi dia lebih merupakan untuk kita lebih menjamin
pembelian tersebut selamat, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melalui orang ketiga, orang ketiga
melalui dia punya ejen sana, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat kenal pasti dengan siapa
yang akan accountable apabila berlaku sesuatu perkara yang kadang-kadang menjadi masalah.
Kalau kita berurusan dengan negara tersebut, kita boleh terus berurusan dengan negara
tersebut.
Terpulanglah kepada mereka, limbungan kapal mana atau design kapal mana. Akan
tetapi, pihak navy negara kita telah pun tahu spesifikasi dan model mana yang kita mahu. Jadi,
kita akan sebut, kita hendak model A dan terpulang kepada mereka memilih limbungan mana
dan di pihak mana untuk mereka membina kapal tersebut.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Betul. Saya sudah jawab tadi. I think Yang
Berhormat Lumut faham, kan? Saya katakan bukan bermakna G2G itu kita menidakkan. Kita
akan hantar expertise pegawai-pegawai daripada navy ke sana belajar dan juga technician di
mana-mana yang kita fikirkan layak untuk membawa dua unit dan dibuat di sini, insya-Allah.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan
apa yang disebutkan oleh sahabat saya, Mejar Jeneral bersara, Dato’ Khlir dari Ketereh.
Isu veteran ini Tuan Yang di-Pertua, memang merupakan isu yang penting. Saya sendiri
telah minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memfokuskan isu ini. Kita meneroka agar
isu berkenaan dengan penyelarasan pencen ataupun apa jua kita hendak panggil, dapat kita
berikan suatu cara untuk kita membawa ke Kerajaan Pusat. Ini agar sekurang-kurangnya tak
banyak pun, sikit lah kita beri. Kita tak ada banyak pun, sikit Tuan Yang di-Pertua. Saya semalam
bercakap, saya katakan saya tak nak beri janji kosong, susah. Ada yang lain tetapi seperti mana
yang kita tahu, khidmat angkatan tentera ini Tuan Yang di-Pertua, kita tak boleh hendak samakan
dengan perkhidmatan awam yang lain. Mereka tak pernah claim overtime, mereka kerja tak ikut
masa. Duduk dalam hutan, duduk di sempadan dua tiga bulan. Tempoh hari saya pergi ke pulaupulau, 15 Rejimen Askar Melayu Diraja tiga bulan duduk situ, tidak bersama anak-anak isteri.
Jadi, adalah tidak adil jika banyak orang di luar ataupun orang yang tidak pernah turun,
duduk dalam pejabat berhawa dingin, hendak membandingkan bahawa “ah, takkan veteran
askar sahaja akan dapat pelarasan pencen? Kami pun hendak juga.” Itu bukan satu perkara
yang betul. Akan tetapi sahabat saya, itu betul. Kami sedang mencari formula, kami sedang
meneliti. Oleh sebab kita tidak mahu pakai hantar sahaja, selepas itu ditolak-tolak. Kita tidak
mahu. Oleh sebab kita ini bukan kerja main-main, kerja kita serius, kita hendak melihat supaya
isu ini dapat diselesaikan. Tak banyak, sedikit pun tak apa lah. Asalkan dapat tetapi kita bermula
dengan cara lain juga. Kita tak mahu menantikan benda ini selesai, baru– kita telah pun dan
akan- rasanya lulus mencadangkan supaya penambahan jumlah bilangan bantuan sara hidup
kepada veteran ini baik berpencen atau tak berpencen. Daripada sembilan ribu orang penerima
bantuan RM300 sebulan ini akan kita tambah lagi bilangannya kepada 15 ribu. Akan tetapi ini
kebanyakannya ialah mereka yang berumur 80 tahun ke atas dahulu dan juga mereka yang
layak, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Jadi, ini yang sedang dilakukan
sementara menunggu buah ini masak dan dapat dimakan, kita akan buat perkara-perkara
sampingan yang di dalam boleh kita lakukan di bawah PERHEBAT, di bawah kementerian dan
belanjanya pun tidaklah sebesar mana yang kita perlukan jumlah yang besar daripada pihak
Kerajaan Pusat. Itu yang sedang kami lakukan Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah Yang
Berhormat Ketereh, isu ini memang menjadi fokus kami. [Tepuk] Isu ini akan kita pastikan, tak
banyak pun, sikit-sikitlah dahulu ya.Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Oh, Pharmaniaga. Pharmaniaga Tuan
Yang di-Pertua, merupakan isu accounting. Di mana Pharmaniaga ini membawa simpanan
vaksin yang banyak kerana keadaan pada ketika itu boleh jadi memaksa Pharmaniaga
menyiapkan vaksin yang begitu banyak. Program vaksin negara dan juga program booster. Jadi,
Pharmaniaga telah mengambil position, dengan izin, membeli atas arahan siapa, saya tak
tahulah. Akan tetapi this is purely business decision, dengan izin, mereka membeli dengan
banyak, dengan harapan atau dengan anticipation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa
kerajaan memerlukan vaksin ini segera. Ini kerana program vaksin kebangsaan itu berjalan
dengan baik, dengan amat cemerlang sekali dan booster-nya. Akan tetapi malang sekali,
keputusan kerajaan pada ketika itu bercampur-campur. Hendak habiskan Pfizer pula dahulu.
Jadi, ini menyebabkan Pharmaniaga terpaksa, stok yang ada– macam mana.
Pharmaniaga sebagai syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, perlu
melakukan apa yang standard accounting procedure, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti
(Securities Commission) dan juga Kuala Lumpur Stock Exchange. Pihak auditor iaitu
PriceWaterhouseCoopers telah pun memberikan kata dua bahawa kita mesti impair ataupun kita
mesti buat provision, kesemuanya. Ini kerana nampaknya vaksin ini memang berjalan amat
perlahan, Tuan Yang di-Pertua. Mahu tak mahu, Pharmaniaga terpaksa membuat provision.
Akan tetapi business Pharmaniaga Tuan Yang di-Pertua, dengan turnover-nya RM2.3 bilion, ia
untung. Akan tetapi vaksin ini sahaja, this is below the line. Di peringkat operasinya,
Pharmaniaga untung tetapi disebabkan oleh terpaksa membuat susut nilai. Kesemua
keseluruhan nilai vaksin yang ada dalam simpanan Pharmaniaga tersebut, this is merely an
accounting procedure. Hal yang lain-lain itu, perniagaan Pharmaniaga itu memang berjalan
dengan baik, ia menguntungkan insya-Allah.
Oleh sebab itu, Pharmaniaga terpaksa buat begitu dan ia telah menjadi negatif
shareholders fund. Shareholders fund-nya cuma RM300 juta lebih tetapi impairment terpaksa
dibuat RM500 juta lebih. Maka, negatif RM100 juta lebih, Tuan Yang di-Pertua. When this is
negative RM100 million over, automatically, secara automatik syarikat ini berada di bawah PN17,
Tuan Yang di-Pertua. Pharmaniaga sedang membuat business plan, memang saya minta dan
ikuti perkembangannya dengan teliti agar kita dapat memulihkan semula business plan kita
supaya perniagaan Pharmaniaga dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat insya-Allah.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, jumlah yang
diperlukan untuk kalau kita buat penyelarasan secara total adalah berbilion Ringgit. Kita ambil
ballpark figure sahaja, kalau RM500 ia sudah hampir setengah bilion Ringgit, Tuan Yang diPertua. Itu implikasi kewangannya. Berkenaan dengan penerima PGM ini, kalau hendak diberi
one-off, itu salah satu daripada cara penerokaan kita yang saya sebutkan tadi. Kita menerokai
cara-cara. Kalau tak boleh A, kita ada banyak. Ada dua, tiga opsyen kita, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau ini gagal, kita buat yang ini, supaya sedikit sebanyak veteran-veteran ini dapat pembelaan.
Itu yang pentingnya, pembelaan tersebut akan dapat dirasai oleh veteran-veteran angkatan
tentera yang berpencen sebelum daripada 2013.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
Marhalim Abas: Shah Alam

View Comments (61)

  • I wonder if Malaysia can get the RAAF Hornets, yes they are old but well maintained, and it’s an interim measure until the MRCA project happens in less than 10 years, 2030s, am I correct?

    • I have been told that RMAF is not interested in RAAF Hornets for various reasons. If it had, it would have been done already.

    • The only leasing option was the Gripen and the ship sailed away long ago.

  • Tom Tom - "are old but well maintained"

    "Well maintained" is great but it does not do away with the fact that something might be old and worn out which in turn makes it maintenance extensive and expensive to sustain.

    As for "interim measures" that's the intention but so many so called plans are postponed indefinitely due to shifting priorities and funding issues.

  • Maybe beg the RAAF to pinjam the Super Bugs. The F35s are now operational and as far as I know, all going to plan.

  • Marhalim,

    About ten years ago [or slightly more] you ran a story that we were offered some Typhoon Tranche 1s for free if we placed an order with BAE Systems for some new ones. Why did that proposal die out? Was it shot down [mind the pun] from our side? That was the period before we were offered Rafale and the then Defence Minister publicly said Typhoon was the "best" and other things night have to be postponed to fund Typhoon.

    On Gripen I heard conflicting stories but it's interesting that the RMAF publicly mentioned the possibility of a leasing arrangement only to have the then Defence Minister publicly discount the possibility weeks later. From what I heard it was the politicians who decided against the leasing option against the recommendations of the RMAF.

    • Yes, they did as a stop-gap measure before getting the new ones. But then the government wanted Rafale so it died a natural death. As for the Gripen, the leasing seemed plausible for a short time only.

  • Based on the Hansard, it seems that CAD is no longer asking for a letter of indemnity and therefore the international settlement agreement may proceed, subject to the Cabinet's approval.

  • Given our defensive doctrine, are we not better off investing in a good air defence network? I don't think we can ever solve the needs of RMAF and RMN with the 1% of GDP annual budget, with majority going to OPEX.

  • Hasnan - ''Given our defensive doctrine''

    We have a ''defensive'' strategy/policy not a ''doctrine'' per see and even if we did; ideally the ''defensive'' doctrine would be an ''active defensive'' doctrine.

    Hasnan - ''are we not better off investing in a good air defence network?''

    You're not the first to ask and I'll answer the same thing as I did before: '' a good air defence network'' can never be a substitute for airpower. Never. Both are needed to complement each other. Examples of ''a good air defence network'' which eventually got degraded because of a lack of friendly airpower would be Iraq [look up the KARI network] and Kosovo. ''A good air defence network'' can pose a huge problem but given time; airpower which can operate at unmolested will degrade any ''good air defence network''.

    Hasnan - ''I don’t think we can ever solve the needs of RMAF and RMN ''

    Do you think we can ever afford a comprehensive/extensive; layered [with redundancy and various types of AD systems] and networked AD network? Not many countries can.

  • Just joking lah, Marhalim. I don’t think even Penny Wong can get Richard Marles to part with the Super Bugs. I get what Azlan says but at the end of the day, the RAAF classic Hornets for free might be the only option left to the RMAF as all the other bridges might have been burnt. Mind you the Kuwaiti option is not completely dead yet as I understand from your article.