
SHAH ALAM: The King has donated a single interceptor craft to the RMN for maritime operations. The delivery ceremony was done several days after the King gifted a similar vessel to the MMEA. RMN in a release stated, that that the donated boat painted in RMN grey is the Ibrahim Class IC 1170cc. The boat was handed over to RMN Western Fleet Command at the Lumut naval base in Perak.
Also donated is the boat trailer as with the MMEA. The release said the boat was built by the Royal Boat Hangar Johor. The release:
𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐁𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
LUMUT, 11 Mac – TLDM dengan penuh rasa syukur menzahirkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi, Ibrahim Class IC 1170cc. Kurniaan ini bukan sahaja memperkukuhkan keupayaan operasi TLDM, malah turut menjadi simbol keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan perairan negara.
Bot Ibrahim Class IC 1170cc direka khas sebagai bot pemintas berkelajuan tinggi yang mampu beroperasi dalam perairan tropika. Dibangunkan oleh Royal Boat Hangar Johor, bot ini diperbuat daripada aluminium marin berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang menekankan ketahanan serta kestabilan.
Dengan panjang keseluruhan 12.60 meter dan lebar maksimum 3.50 meter, bot ini dikuasakan oleh tiga enjin Mercury OBM berkapasiti 400 kuasa kuda setiap satu, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 batu nautika sejam (knot) manakala kelajuan pelayaran optimum adalah 45 knot. Bot ini turut dilengkapi dengan sistem navigasi yang komprehensif, komunikasi moden serta sistem radio yang canggih bagi memastikan pengendalian bot adalah mudah dan efektif dalam melaksanakan operasi.
Bot ini turut didatangkan bersama Aluminium Trailer bagi memudahkan pemindahan ke lokasi yang diperlukan. Sistem ini membolehkan bot diturun dan dinaikkan dengan pantas mengikut keperluan operasi, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi sebarang ancaman di perairan negara.
Majlis penyerahan telah dilaksanakan di perkarangan Markas Pemerintahan Armada Barat dan disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Haji Azuwan bin Harun. Majlis bersejarah ini juga disulami dengan acara menandatangani sijil penyerahan bot antara TLDM dan Royal Boat Hangar Johor yang diwakili oleh Encik Mohamad Yuni bin Ismail.
Bot kurniaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini akan ditempatkan di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Barat dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh TLDM untuk mempertingkatkan keupayaan rondaan persisiran dan sebagainya. Selain TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut menerima bot yang sama, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam usaha meningkatkan keupayaan pertahanan maritim negara.
Kurniaan ini pastinya akan meningkatkan lagi keupayaan pertahanan maritim negara dan TLDM akan terus komited dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia, demi kepentingan rakyat dan negara. Menjunjung Kasih Tuanku.
–Malaysian Defence
So up till now the Agong (and Sultan of Johor) has given 1 fast interceptor each to
– Polis marin (2020)
https://www.sinarharian.com.my/article/112217/edisi/johor/sultan-johor-kurnia-bot-laju-kepada-ppm
– APMM (2025)
– TLDM (2025)
Talk was that the CB-90 would be handed over.
Mr M anything on that rumoured “TLDM FORCE STRUCTURE 40” that will undercut the realigned 15 to 5? with slashed vessel units from 63 ships in 15 to 5 to 45 ships in this new RMN’s plan?